Lembaga Hasil Dalam Negeri terima baik keputusan ahli parlimen pulangkan bayaran Bantuan Prihatin Nasional

LHDN menegaskan permohonan baharu atau rayuan BPN hanya tertakluk kepada individu tidak mendaftar dengan Bantuan Sara Hidup (BSH) sebelum ini, manakala pembayar cukai perlu mengemaskini data peribadi masing-masing dengan LHDN.  Sumber (gambar): Sinar Harian

لمباڬ حاصيل دالم نڬري تريما باءيق كڤوتوسن اهلي ڤرليمين ڤولڠكن بايرن بنتوان ڤريهاتين ناسيونل

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini menerima baik keputusan beberapa Ahli Parlimen yang secara sukarela memulangkan bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang diluluskan kepada mereka.

Dalam satu kenyataan, LHDN berkata kelulusan itu adalah secara otomatik berdasarkan data taksiran pendapatan individu itu pada 2018, yang ada dalam rekodnya.

Sementara itu, AHLI Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli hari ini menzahirkan rasa terkejutnya selepas dimaklumkan beliau layak mendapat BPN.

Semalam, Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar mengaku bahawa beliau disenaraikan sebagai ‘lulus’ untuk menerima BPN setelah status layak beliau dibongkarkan oleh pihak tertentu di media socsal.


PETALING JAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini menerima baik keputusan beberapa Ahli Parlimen yang secara sukarela memulangkan bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang diluluskan kepada mereka.

Dalam satu kenyataan, LHDN berkata kelulusan itu adalah secara otomatik berdasarkan data taksiran pendapatan individu itu pada 2018, yang ada dalam rekodnya.




Kenyataan ini dibuat susulan pendedahan di media sosial berhubung kelayakan beberapa Ahli Parlimen dan orang kenamaan menerima BPN.

“Merujuk isu beberapa Ahli Parlimen dan orang kenamaan turut layak dan menerima BPN, perlu dijelaskan bahawa kelulusan dibuat secara automatik berdasarkan data taksiran pendapatan individu itu pada 2018 dalam rekod LHDN.

“Namun demikian, LHDN menerima baik Ahli Parlimen yang secara sukarela memulangkan bayaran BPN itu. Mereka boleh berbuat demikian dengan mengemukakan surat penolakan dengan menyatakan nama penuh dan nombor MyKad.

“Seterusnya lampirkan draf bank dan cek atas nama Akauntan Negara Malaysia (mengikut jumlah pemulangan) dan dikemukakan kepada pihak Kementerian Kewangan di Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia Presint 2, 62592 Putrajaya,” katanya.

Menurut Berita Harian, LHDN menegaskan permohonan baharu atau rayuan BPN hanya tertakluk kepada individu tidak mendaftar dengan Bantuan Sara Hidup (BSH) sebelum ini, manakala pembayar cukai perlu mengemaskini data peribadi masing-masing dengan LHDN.

“Pembayaran BPN seperti diumumkan sebelum ini bahawa penerima diluluskan secara automatik berdasarkan kepada pangkalan data BSH dan data rekod percukaian tahun taksiran LHDN tahun 2018.

“Kelulusan permohonan baharu adalah tertakluk kepada proses semakan dan verifikasi,” katanya.

Loading...

Sementara itu, Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli hari ini menzahirkan rasa terkejutnya selepas dimaklumkan beliau layak mendapat BPN.

Semalam, Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar mengaku bahawa beliau disenaraikan sebagai ‘lulus’ untuk menerima BPN setelah status layak beliau dibongkarkan oleh pihak tertentu di media socsal.

THE THIRD FORCE



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...