ABCD
Selepas menang besar, DAP yg dipelupori oleh AP DAP, P Kasthuriraani (Batu Kawan) desak Malaysia menandatangani dan mengesahkan Deklarasi PBB berkaitan penghapusan segala bentuk ketidaksamarataan dan diskriminasi terhadap agama dan kepercayaan yang akan membolehkan kebebasan beragama di negara ini termasuk dengan kebebasan seseorang individu untuk menukar agama atau kepercayaannya, dan kebebasan sama ada bersendirian atau dalam masyarakat dengan orang lain.
Dia juga mahukan isu penggunaan Kalimah Allah dan pemilikan bahan agama dibangkitkan semua.
Kasthuriraani turut mencadangkan agar menghentikan penangkapan individu yang mengamalkan Syiah, Ahmadiyah dan Baha’i (kepercayaan), mengikut Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa Islam adalah agama federasi, dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan damai dan harmoni di mana saja di persekutuan.
Penggunaan Kalimah Allah dan pemilikan bahan-bahan keagamaan hendaklah dibangkitkan semua agar orang Kristian boleh menggunakan perkataan “Allah” dalam penerbitan untuk tujuan pendidikan agama dalam masyarakat mereka sendiri.
