LIHAT BAGAIMANA ZAHID HAMIDI, PEMIMPIN UMNO PERBODOHKAN ORANG MELAYU

Mantan penyelaras parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): Fail TTF

Khairuddin Abu Hassan

Apa kata orang melayu kini apabila Zahid Hamidi dan parti UMNO sanggup bekerjasama dengan DAP bagi menjatuhkan kepimpinan yang ditunjang oleh orang melayu di negeri Perak.

Ketika kerajaan di bawah kepimpinan PH; pemimpin-pemimpin serta parti UMNO telah mainkan sentimen berbaur perkauman di mana mereka menyerang hebat parti-parti PPBM, Amanah serta PKR kerana bekerjasama dengan DAP.

UMNO dan pemimpinnya pada waktu itu hanya mainkan naratif perkauman di mana DAP itu seolah-olah sebuah parti ‘komunis’ di mana agenda mereka hanya untuk menghancurkan bangsa serta ketuanan melayu di tanahair kita.




Tetapi kini, lihat saja gelagat ‘hipokrasi’ pemimpin-pemimpin UMNO yang sanggup bekerjasama dengan DAP demi bagi menjaminkan ‘survival’ politik UMNO mahupun pemimpin-pemimpinnya.

UMNO berpakat dengan DAP untuk menjatuhkan rakan komponen mereka sendiri di negeri perak kerana hendak berebut kuasa. UMNO mahukan jawatan menteri besar Perak.

Lihat saja perangai buruk UMNO yang senantiasa mahukan kuasa politik secara total bagi membolehkan mereka mengamalkan korupsi secara mutlak.

Ini saja yang UMNO mahukan.

Bagaimana mereka hendak tadbir negara mahupun negeri kerana fokus UMNO hanyalah bergaduh setiap hari sesama rakan komponen bagi berebut kuasa?

Bangsa melayu serta keseluruhan rakyat jelata jangan sama sekali percaya pada UMNO lagi.

Mereka hanya berlakon baik apabila hilang kuasa!! Bila dapat semula kuasa; lihat saja gelagat buruk tradisi pemimpin-pemimpin UMNO.

Loading...

Namun, kita tidak perlu risau jika UMNO bekerjasama dengan DAP secara lebih erat kerana ahli-ahli akar umbi UMNO mahupun DAP bakal menghukum mereka pada PRU15 kelak.

Demi bagi mendapatkan kuasa; UMNO serta pemimpin-pemimpinnya sanggup melakukan apa saja asalkan matlamat tercapai.

Yang penting bagi umno dan pemimpin-pemimpinnya yang korup; ‘talian nyawa’ bagi menyelamatkan mereka adalah matlamat utama.

Mantan presiden, presiden UMNO masakini dan pemimpin-pemimpin lain dari parti itu sanggup bekerjasama dengan siapa saja termasuk DAP untuk dapatkan kuasa bagi menghindarkan mereka dari menghadapi tindakan undang-undang.

Isu usul undi percaya tehadap menteri besar perak merupakan peristiwa keramat bagi keseluruhan bangsa melayu dan rakyat malaysia dapat melihat dengan ‘mata kepala’ sendiri akan sikap sebenar pemimpin-pemimpin UMNO yang menghalalkan cara bekerjasama dengan DAP untuk mencapai cita-cita rakus politik mereka.

UMNO adalah sebuah parti yang telah rosak teruk ditadbir oleh pemimpin-pemimpin kleptokrats!! Pemimpin-pemimpin UMNO adalah ‘kaki penipu’ serta ‘hipokrit’.

Bangsa melayu wajib tolak UMNO. Orang-orang Melayu tidak boleh menyandarkan harapan lagi pada parti UMNO yang korup itu.

Sama-sama kita berganding bahu untuk tolak UMNO secara total!! UMNO adalah virus kanser kepada keseluruhan bangsa Melayu.

Dulu, kini dan selamanya UMNO hanya mahu menipu serta memperbodohkan keseluruhan bangsa melayu saja.

Ahli-ahli UMNO di seluruh negara harus bangun mempertikaikan kerjasama UMNO dengan DAP.

Jangan terus membiarkan diri anda dari diperbodohkan oleh pemimpin-pemimpin kleptokrats UMNO sepanjang masa.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...