Lim Guan Eng, adakah anda benar-benar memiliki kelayakan sebagai seorang akauntan?

“Alat propaganda DAP, The Rocket, menerbitkan sebuah buku berjudul “Kisah Lim Guan Eng, Ketua Menteri yang pernah Dipenjarakan” dalam Bahasa Cina pada tahun 2010. Pada halaman ke 64,buku itu mengatakan kelayakan akauntan Lim Guan Eng digantung selepas beliau didapati bersalah di mahkamah” – Wee Ka Siong. Sumber (gambar): Fail TTF

Wee Ka Siong

1. Saya telah mengemukakan satu pertanyaan lisan di Dewan Rakyat pada 12 Mac 2019 iaitu meminta Menteri Kewangan menyatakan, sejak Akta Akauntan 1967 diperkenalkan :

a. berapa orang yang telah diambil tindakan kerana menggunakan gelaran akauntan secara tidak sah dan melanggar Seksyen 25(e) akta tersebut dan siapakah mereka; dan

b. adakah mana-mana ahli Institusi Akauntan Malaysia (MIA) telah dilucutkan keahliannya kerana menjalani hukuman penjara. Jika ya, berapa ramai dan siapa.

2. Jawapan yang saya terima adalah seperti berikut :


a. Seksyen 25(e) Akta Akauntan 1967 memperuntukkan tentang amalan penipuan seperti berikut :

“mana-mana orang yang menyamar sebagai ahli institut atau membeli, menjual atau secara menipu memperolehi sijil keahlian yang dikeluarkan di bawah Akta ini.”

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tiada kes yang didaftar bagi penyamaran sebagai ahli institut.

Terdapat 7 kes yang diambil tindakan atas kesalahan memperolehi sijil keahlian secara menipu menggunakan sijil ijazah palsu.

b. Satu orang ahli MIA yang telah dihukum penjara oleh mahkamah dan telah dilucutkan keahlian MIA mulai 26 Februari 2019 iaitu :

Mr Alan Rajendram A/L Jeya Rayendram (MIA Mem. No. 9817)

3. Apa yang membingungkan kita semua ialah, bersandarkan kepada laporan Sin Chew Daily, Menteri Kewangan Lim Guan Eng dipenjarakan pada tahun 1998 dan ini menyebabkan beliau hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen dan juga akauntan.

Apa yang dipersoalkan ialah, alat propaganda DAP iaitu The Rocket menerbitkan sebuah buku berjudul “Kisah Lim Guan Eng, Ketua Menteri yang pernah Dipenjarakan” dalam Bahasa Cina pada tahun 2010.

Pada halaman ke 64,buku itu mengatakan kelayakan akauntan Lim Guan Eng digantung selepas beliau didapati bersalah di mahkamah.

4. Merujuk kepada jawapan Menteri Kewangan, hanya seorang individu sahaja yang dilucutkan keahlian akauntannya dan individu tersebut adalah berbangsa India.

Jadi, apakah benar bahawa Lim Guan Eng pernah dipenjarakan dan hilang kelayakan akauntannya?

Lim Guan Eng, adakah anda benar-benar memiliki kelayakan sebagai seorang akauntan?

Ya atau tidak?

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...