Lim Guan Eng bandingkan kes ‘Muhyiddin kebal’ tak pakai pelitup muka dengan Perdana Menteri Thailand, peniaga burger

Menurut Guan Eng, Muhyiddin bukan sahaja harus didenda tetapi juga wajar meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana gagal memimpin dengan teladan. Sumber (gambar): TTF

ليم ڬوان اڠ بنديڠكن كيس ءمحي الدين كبلء تق ڤاكاي ڤليتوڤ موك دڠن ڤردان منتري تايلاند، ڤنياڬ بورڬر

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyindir Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana tidak diambil tindakan walaupun tidak memakai pelitup muka di sebuah hotel di Putrajaya pada 31hb Mac semasa mempengerusikan mesyuarat Bersatu Johor dan Perikatan Nasional (PN) Johor.

Dalam tulisannya di Facebook, Guan Eng secara sinis membandingkan kes Muhyiddin dengan Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha yang didenda 6,000 baht atau RM782 kerana tidak memakai pelitup muka semasa mesyuarat bersama penasihat pemerolehan vaksinnya.

Guan Eng turut membandingkan kes Muhyiddin dengan peniaga burger yang terus dikompaun RM50,000 dalam rumahnya sendiri kerana operasi lebih waktu sambil menawarkan bantuan guaman kepada peniaga tersebut. 

“Apa dah jadi ni, di rumah sendiri pun tak boleh?

“DAP telah mengumumkan bahawa peguam kami bersedia membela mereka yang dikenakan denda kompaun yang tidak adil seperti ini, dan mencabar kesahihan nya dari segi undang-undang di mahkamah secara percuma. “


PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyindir Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana tidak diambil tindakan walaupun tidak memakai pelitup muka di sebuah hotel di Putrajaya pada 31hb Mac semasa mempengerusikan mesyuarat Bersatu Johor dan Perikatan Nasional (PN) Johor.

Dalam tulisannya di Facebook, Guan Eng secara sinis membandingkan kes Muhyiddin dengan Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha yang didenda 6,000 baht atau RM782 kerana tidak memakai pelitup muka semasa mesyuarat bersama penasihat pemerolehan vaksinnya.




“Mungkin PM Malaysia lebih istimewa berbanding PM Thailand yg dihukum denda tak pakai pelitup muka. PM Malaysia ni kebal daripada undang-undang kot, jadi tak kena langsung,” keluh Guan Eng.

Sebelum ini, beliau berkata Muhyiddin bukan sahaja harus didenda tetapi juga wajar meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana gagal memimpin dengan teladan.

BACA JUGA: NAJIB KANTOI, MENTERI UMNO SAH TERLIBAT KEPUTUSAN GUNA DANA KWAN BELI VAKSIN

“Ini akan menjadi ujian sama ada Kerajaan PN serius terhadap pematuhan Covid-19 SOP atau sebenarnya kerajaan antara dua darjat.

“Atau adakah Muhyiddin akan dilepaskan begitu sahaja sama seperti Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin, yang gagal memakai pelitup muka dengan betul semasa menghadiri sambutan Ulang Tahun ke-75 RTM?” soal beliau.

Guan Eng turut membandingkan kes Muhyiddin dengan peniaga burger yang terus dikompaun RM50,000 dalam rumahnya sendiri kerana operasi lebih waktu sambil menawarkan bantuan guaman kepada peniaga tersebut.

“Apa dah jadi ni, di rumah sendiri pun tak boleh?

“DAP telah mengumumkan bahawa peguam kami bersedia membela mereka yang dikenakan denda kompaun yang tidak adil seperti ini, dan mencabar kesahihan nya dari segi undang-undang di mahkamah secara percuma.

Loading...

“Terserah kepada Mohd Azizi sama ada dia mahu ke mahkamah atau tidak, tetapi Takiyuddin boleh menyelamatkan rakyat biasa Malaysia daripada kesulitan dan masalah hukuman yang berat, dengan menangguhkan denda tersebut sementara menunggu semakan penuh undang-undang ini bagi memastikan keadilan kepada rakyat biasa Malaysia yang miskin.”

THE THIRD FORCE

WAJIB BACA:

Najib kantoi, menteri UMNO sah terlibat keputusan guna dana KWAN beli vaksin



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...