
ليم ڬوان اڠ بڠكيت ايسو محي الدين ڬاڬل ڤاكاي ڤليتوڤ موك
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mempersoalkan apakah tindakan akan diambil terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana tidak memakai pelitup dalam satu majlis di sebuah hotel di Johor, Kelmarin.
Menyifatkannya sebagai “antara dua darjat,” Lim membandingkan apa yang berlaku dengan kes seorang “rakyat biasa” di Kerian, Perak yang dikompaun RM10,000 kerana tidak memakai pelitup muka dengan betul.
Muhyiddin menerima dos kedua vaksin Covid-19 Pfizer dan BioNTech pada 17 Mac, setelah dos pertama diterimanya tiga minggu sebelum itu.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini memberitahu individu yang telah menerima vaksin perlu tetap mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.
PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mempersoalkan apakah tindakan akan diambil terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana tidak memakai pelitup dalam satu majlis di sebuah hotel di Johor, Kelmarin.
Menyifatkannya sebagai “antara dua darjat,” Lim membandingkan apa yang berlaku dengan kes seorang “rakyat biasa” di Kerian, Perak yang dikompaun RM10,000 kerana tidak memakai pelitup muka dengan betul.
“Kementerian Kesihatan tidak memberi sebarang maklum balas terhadap kompaun melampau RM10,000 yang berlaku dalam masyarakat luar bandar ini.
“Adakah tindakan dan kompaun serupa akan dikenakan terhadap Muhyiddin kerana gagal memakai pelitup muka?” katanya.
Lim merujuk kepada beberapa gambar yang disiarkan di media menunjukkan Muhyiddin tiba di Hotel Zenith di Johor pada 31hb Mac untuk mempengerusikan mesyuarat Bersatu Johor dan Perikatan Nasional Johor.
BACA: 18 INDIVIDU MAHU FAIL SEMAKAN KEHAKIMAN TERHADAP KERAJAAN, PERDANA MENTERI
Dalam foto tersebut, Muhyiddin dilihat satu-satunya individu yang tidak memakai pelitup muka ketika melalui hotel berkenaan.
Muhyiddin menerima dos kedua vaksin Covid-19 Pfizer dan BioNTech pada 17 Mac, setelah dos pertama diterimanya tiga minggu sebelum itu.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini memberitahu individu yang telah menerima vaksin perlu tetap mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.
Mengulas lanjut, Lim berkata selain permohonan maaf, Muhyiddin juga perlu didenda kerana gagal memimpin dengan teladan.
“Tidak ada keraguan lagi bahawa di antara salah satu sebab kegagalan pengurusan krisis kesihatan awam Covid-19, yang menyebabkan lonjakan jangkitan yang tidak terkawal dan tidak terhalang semasa gelombang kedua akhir tahun lalu, adalah amalan dua darjat dalam penguatkuasaan antara rakyat biasa dan VIP, terutamanya menteri,” kata Lim.
THE THIRD FORCE
MUST READ:
18 individu mahu fail semakan kehakiman terhadap kerajaan, Perdana Menteri
