Lim Guan Eng perlu berundur sebelum beliau ‘diundurkan’ secara paksa

“Sekiranya Lim dipecat, DAP tidak mempunyai sebarang alasan untuk meronta-ronta ‘kepanasan’ kerana orang pertama yang mengambil inisiatif untuk berundur dari Kabinet Persekutuan suslan kontroversi Jawi tak lain tak bukan Maszlee Malik, seorang pemimpin dari parti yang diterajui oleh Perdana Menteri sendiri, iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)”

Raggie Jessy Rithaudeen

ليم ڬوان اڠ ڤرلو بروندور سبلوم بلياو ‘داوندوركن’ سچارا ڤقسا

Peletakan jawatan Dr Maszlee Malik semalam sebagai Menteri Pendidikan bermakna seorang menteri dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah secara langsung memikul tanggungjawab berhubung kontroversi pengenalan pembelajaran tulisan Jawi di peringkat sekolah rendah.




Saudara saudari sekalian, perkara ini amatlah membimbangkan dan menyinggung perasaan saya, kerana kontroversi yang timbul sebenarnya diapi-apikan oleh gandingan perkumpulan Cina rasis yang terdiri daripada MCA, DAP dan Dong Zong.

Hakikatnya, pengenalan tulisan jawi di peringkat sekolah menerusi penggubalan polisi oleh Kementerian Pendidikan merupakan hak berperlembagaan Kerajaan Persekutuan.

Polisi ini sebenarnya dipersetujui bersama oleh Jemaah Menteri menerusi satu mesyuarat Kabinet yang turut dianggotai dan dihadiri oleh setiausaha agung DAP merangkap Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng.

Walaubagaimanapun, Lim tergamak mempersoal tindakan polis menghalang Dong Zong daripada mengadakan kongres yang bersifat anti-jawi seolah-olah beliau tidak menghadiri mesyarat Kabinet tersebut.

Tindak-tanduk Lim sekaligus memberikan persepsi kepada masyarakat Cina seolah-olah pihak polis melakukan diskriminasi terhadap orang Cina dengan menafikan hak berperlembagaan mereka untuk berhimpun ataupun berkumpul secara aman.

Ini secara langsung membantu Dong Zong mencucuk jarum kebencian masyarakat Cina terhadap agama, budaya, sejarah, pendidikan dan sistem pentadbiran Islam, di mana sebelum ini, kumpulan pendidik tersebut mendakwa kononnya pengenalan pembelajaran seni khat dan penulisan Jawi di peringkat sekolah mampu “mengislamkan pendidikan di Malaysia.”

Saudara saudari sekalian, bukan hanya perkara ini satu pembohongan yang bersifat bongkak, rasis, anti-Islam, anti-Melayu, anti-perpaduan dan anti-kemakmuran, hakikatnya, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan jelas memperuntukkan penggunaan Jawi dalam pembelajaran Bahasa rasmi Kebangsaan.

Loading...

Ini sekaligus bermakna penentangan terbuka Dong Zong terhadap pembelajaran tulisan jawi di peringkat sekolah merupakan penentangan langsung terhadap Perlembagaan Persekutuan dan melibatkan isu sensitif yang mampu menimbulkan huru-hara jika tidak ditangani dengan cara yang betul.

Tindakan Dong Zong mengumumkan penganjuran kongres yang spesifik kepada kumpulan Cina setelah mendakwa Jawi “mampu mengislamkan pendidikan di Malaysia” menimbulkan begitu banyak keresahan dan kegusaran di kalangan masyarakat Melayu-Islam, pihak Istana dan juga pihak berkuasa hinggakan ianya mula mengancam ketenteraman dan keselamatan awam.

Biarpun begitu, Dong Zong tidak pernah cuba membincangkan hajat mereka untuk menganjurkan kongres tersebut dengan Kementerian Pendidikan atau Maszlee dengan cara yang beradab, tetapi sebaliknya, mengapi-apikan kemarahan dan semangat kebencian masyarakat Cina terhadap Melayu-Islam dengan penipuan demi penipuan yang bersifat anti-Islam dan berkeras ingin meneruskan juga kongres mereka.

Justeru, pihak polis terpaksa melaksanakan tanggungjawab berperlembagaan yang diamanatkan kepada mereka untuk menjaga ketenteraman dan keselamatan awam dengan menghentikan kongres tersebut secara paksa.

Mangsanya ialah Maszlee Malik.

Umum perlu mangaku bahawa Maszlee merupakan seorang menteri yang berani, berwibawa dan bertanggungjawab kerana faham bahawa kontroversi yang timbul melibatkan kementeriannya sendiri biarpun diapi-apikan oleh DAP, MCA dan Dong Zong dengan sengaja.

Langkah beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan teramat tepat kerana sebelum Perdana Menteri mampu mengambil sebarang tindakan terhadap DAP ataupun mana-mana menteri yang lain, Maszlee harus mengetepikan dirinya terlebih dahulu daripada Kabinet Persekutuan supaya Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan dituduh berat sebelah.

Nasihat saya kepada Lim Guan Eng ialah untuk berundur dengan segera dari Kabinet Persekutuan sebelum beliau ‘diundurkan’ secara paksa kerana cuba melagakan masyarakat Cina dengan Melayu-Islam menerusi tindak-tanduk beliau, termasuklah menerusi satu ucapan rasis dan anti-Islam yang disampaikan oleh beliau di Muar, Johor ketika kempen Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai masih berjalan.

Sekiranya Lim dipecat, DAP tidak mempunyai sebarang alasan untuk meronta-ronta ‘kepanasan’ kerana orang pertama yang mengambil inisiatif untuk berundur dari Kabinet Persekutuan tak lain tak bukan Maszlee Malik, seorang pemimpin dari parti yang diterajui oleh Perdana Menteri sendiri, iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Lim dan DAP perlu menanggung dosa akibat dari tindakan mereka menyokong Dong Zong, dan akur, bahwa kongres yang dirancang oleh perkumpulan tersebut haram kerana mempertikaikan isu sensitif yang bersangkut-paut dengan status Bahasa Melayu sebagai Bahasa rasmi kebangsaan dengan cara yang mampu ganggu-gugat keselamatan negara.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...