Lim Guan Eng sudah melampaui batas, Ayob Khan tidak harus diam

“Tindakan Guan Eng menegur Ayob dengan nada yang keras sambil meminta pihak polis “memberi tumpuan terhadap penyiasatan daripada memutarbelit kenyataan pemimpin” teramat biadap, celupar dan merupakan satu penghinaan kepada pihak yang diamanatkan menjaga kesejahteraan rakyat jelata”

Raggie Jessy Rithaudeen

Saya amat terkejut dan terkilan dengan nada Menteri Kewangan kita, Lim Guan Eng, apabila memberi komen berkenaan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.




Dalam satu sidang media di Bukit Aman semalam, Ayob menjawab pertanyaan pihak media berkenaan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Guan Eng pada hari sebelumnya di mana beliau (Guan Eng) mendakwa diberitahu polis tidak akan berlaku lagi penangkapan wakil rakyat DAP.

Menurut Ayob, tidak ada sebab polis perlu menghentikan siasatan, malah beliau tidak tahu dari mana Guan Eng dapat input kononnya tidak akan berlaku lagi penangkapan pemimpin politik dari DAP.

Dari sini, jelas dapat dilihat bahawa perbezaan antara kenyataan Guan Eng dan respon yang diberikan oleh Ayob berkisar di antara dua isu berbeza, iaitu “penangkapan wakil rakyat dari parti DAP” dan “penangkapan pemimpin politik dari parti DAP.”

Jelas dapat dilihat bahawa perbezaan ini berpunca daripada penggunaan dua set istilah berbeza, iaitu “wakil rakyat” dan “pemimpin politik.”

Hakikatnya, seorang yang bergelar wakil rakyat semestinya pemimpin politik, manakala seorang yang bergelar pemimpin politik tidak semestinya wakil rakyat.

Tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan kedua-dua bentuk gelaran ini boleh menjurus kepada salah faham ataupun salah tafsir oleh wartawan yang tidak disengajakan dan tidak semestinya bermaksud jahat.

Tidak pernah pula Ayob berkata bahawa Guan Eng cuba halang siasatan, cuma polis tidak ada sebab untuk hentikan siasatan atas desakan mana-mana pihak, termasuk DAP.

Malah, jika dikaji dengan teliti, rujukan Ayob terhadap “siasatan polis” spesifik kepada dakwaan wartawan kononnya Guan Eng diberitahu tidak akan berlaku lagi “penangkapan pemimpin politik dari parti DAP.”

Maksudnya, yang silap di sini wartawan, bukan Ayob, dan kenyataan bahawa “tidak ada sebab untuk hentikan siasatan” adalah ulasan umum oleh Ayob bagi memberi kepastian kepada semua bahawa polis tidak akan tunduk pada mana-mana pihak, termasuk DAP.

Saya fikir masalah di sini ialah kekurangan dalam nilai peradaban Lim Guan Eng serta kegagalan beliau menghayati sepenuhnya sidang media yang berlangsung di Bukit Aman semalam.

Saya turut merasakan Guan Eng kurang fasih dalam Bahasa Malaysia dan tidak mampu membezakan antara kenyataan Ayob yang ditujukan spesifik terhadapnya dan kenyataan yang berbentuk ulasan umum yang menyusul kemudian.

Apapun, tindakan Guan Eng menegur Ayob dengan nada yang keras sambil meminta pihak polis “memberi tumpuan terhadap penyiasatan daripada memutarbelit kenyataan pemimpin” teramat biadap, celupar dan merupakan satu penghinaan kepada pihak yang diamanatkan menjaga kesejahteraan rakyat jelata.

Sebagai seorang yang bergelar menteri, Guan Eng seharusnya lebih prihatin, sabar dan mampu mengharungi ataupun menangani masalah berbangkit dengan cara yang professional dan beradab.

Malangnya, beliau langsung tidak memiliki kualiti tersebut ataupun nilai peradaban yang seharusnya dimiliki oleh seseorang yang menggelarkan dirinya “ahli Bangsa Malaysia.”

Sekiranya Guan Eng benar-benar beradab, beliau seharusnya mampu memahami salah tafsir dan salah faham yang berlaku, lebih-lebih lagi apabila ianya melibatkan para wartawan yang sememangnya suka melontarkan soalan berbentuk impromptu.

Jika tidak berpuas hati, beliau sharusnya cuba menghubungi Ayob terlebih dahulu untuk mendapatkan kepastian sebagai tanda menghargai kejayaan polis mengesan kegiatan LTTE yang mampu menimbulkan huru-hara jika tidak ditangani.

Ini tidak, beliau terus menyerang Ayob dengan nada yang begitu biadap seolah-olah pihak polis ini baruah DAP.

Malulah saya nak mengaku Lim Guan Eng ini Menteri Kewangan Malaysia.



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


FOLLOW US ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup

TELEGRAM: Norismail Sarbini

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...