
ليم ڬوان اڠ تريما تمڤرن كنچڠ دري ڤڤبم ايسو ڤلنتيكن منتري ڤنديديقن
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini menerima satu tamparan yang cukup kencang dan hebat daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), dan secara tidak langsung, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurut laporan the Malay Mail Online, Guan Eng, ketika ditanya, berkata pelantikan Menteri Pendidikan baharu bagi menggantikan Dr Maszlee Malik yang letak jawatan Khamis lalu elok dibincangkan oleh Pakatan Harapan.
Tidak sampai tiga jam selepas kenyataan tersebut dibuat, Ketua Penerangan PPBM, Dr Radzi Jidin, membuat kenyataan rasmi bagi pihak Bersatu meminta semua pihak menghormati prrogatif Perdana Menteri untuk melantik pengganti Maszlee.
“Dalam konteks pelantikan Menteri Pendidikan yang baharu, yang mana penyandang sebelum ini ialah daripada parti Bersatu, tidak wujud keperluan bagi Pakatan Harapan untuk bermesyuarat bagi memilih seorang pengganti daripada parti Bersatu,” katanya.
PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini menerima satu tamparan yang cukup kencang dan hebat daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), dan secara tidak langsung, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurut laporan the Malay Mail Online, Guan Eng, ketika ditanya, berkata pelantikan Menteri Pendidikan baharu bagi menggantikan Dr Maszlee Malik yang letak jawatan Khamis lalu elok dibincangkan oleh Pakatan Harapan.
Tidak sampai tiga jam selepas kenyataan tersebut dibuat, Ketua Penerangan PPBM, Dr Radzi Jidin, membuat kenyataan rasmi bagi pihak Bersatu meminta semua pihak menghormati prrogatif Perdana Menteri untuk melantik pengganti Maszlee.
“Bukanlah menjadi keperluan untuk Perdana Menteri membincangkan pelantikan seorang menteri dalam mana-mana mesyuarat khusus melainkan beliau sendiri berpandangan sedemikian.
“Dalam konteks pelantikan Menteri Pendidikan yang baharu, yang mana penyandang sebelum ini ialah daripada parti Bersatu, tidak wujud keperluan bagi Pakatan Harapan untuk bermesyuarat bagi memilih seorang pengganti daripada parti Bersatu,” katanya.
Manakala itu, anggota Majlis Presiden PH, Datuk Seri Salahuddin Ayub, ketika diminta mengulas kemungkinan berlaku rombakan Kabinet dalam tempoh terdekat, berkata perkara itu tidak dibincangkan dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).
“Segala kemungkinan (rombakan Kabinet) boleh berlaku namun dalam menentukan setiap menteri itu perlu dikekalkan atau digugurkan itu hak mutlak Dr Mahathir.
“Perkara ini tidak dibincangkan pada Mesyuarat Majlis Pimpinan Presiden Pakatan Harapan sebelum ini. Saya sendiri sebagai anggota Kepimpinan Tertinggi dalam Pakatan Harapan,” katanya.
Jawatan Menteri Pendidikan dikosongkan Maszlee Khamis lalu susulan kontroversi yang sengaja ditimbulkan oleh pihak Dong Zong, DAP dan MCA berhubung isu pengenalan penulisan Jawi di peringkat sekolah.
Pihak Dong Zong giat memcucuk jarum kebencian masyarakat Cina terhadap agama, budaya, sejarah, pendidikan dan sistem pentadbiran Islam dengan mendakwa pembelajaran seni Khat dan tulisan Jawi tidak harus dipaksa kerana ianya mampu “mengislamkan pendidikan di Malaysia.”
Bukan hanya perkara ini satu pembohongan yang bersifat bongkak, rasis, anti-Islam, anti-Melayu, anti-perpaduan dan anti-kemakmuran, hakikatnya, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan jelas memperuntukkan penggunaan Jawi dalam pembelajaran Bahasa rasmi Kebangsaan.
THE THIRD FORCE
