Lim Guan Eng terkhilaf, DAP, Anwar pernah cuba runding dengan Kleptokrat baru-baru ini

Lim perlu akur bahawa salah seorang wakil DAP yang diklasifikasikan sebagai “Pro-Lim” telah menghadiri satu mesyuarat bersama Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi membincangkan kemungkinan UMNO bekerjasama dengan DAP. Sumber (gambar): TTF

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

“Walaupun saya tidak berbicara bagi pihak Mahathir, saya yakin beliau tidak akan menerima Pakatan Harapan jika Anwar tetap menjadi calon Perdana Menteri gabungan itu”

Raggie Jessy Rithaudeen

ليم ڬوان اڠ ترخلاف، دڤ، انور ڤرنه چوبا رونديڠ دڠن قليڤتوكرت بارو-بارو اين

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini berkata, Pakatan Harapan (PH) sedia menerima kerjasama sesiapa sahaja, asalkan bukan golongan yang digelar sebagai ‘kleptokrat’.

Dia dilaporkan berkata demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan kerjasama gabungan itu dengan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang belum didaftarkan.

“Yang disebut ialah ‘kheamah besar’ seperti dalam kenyataan dikeluarkan oleh ketiga-tiga pemimpin Majlis PH ialah kita nak menggembleng semua parti-parti pembangkang supaya kita dapat buat satu barisan untuk lawan sama PN.




“Itulah sebab kita ada satu pakatan bersama untuk lawan itu PN.

“Mana-mana pihak yang terima asas perjuangan PH, tak ada masalah, kecuali itu kleptokrat saja,” katanya speertimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini.

Di sini, saya ingin memperbetulkan persepsi Lim Guan Eng berhubung syarat bagi Pakatan Harapan bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

BACA JUGA: KENAPA ANWAR, DI PORT DICKSON TAK ADA BALAI POLIS KE?

Pertama sekali, jika kepimpinan Pakatan Harapan tidak menghormati kehendak lebih separuh akar umbi gabungan itu yang menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pardana Menteri, maka usah haraplah Pakatan Harapan bekerjasama dengan Mahathir di Pilihan Raya Umum ke-15.

Kedua, Lim harus sedar bahawa Anwar merupakan punca segala perpecahan yang melanda Pakatan Harapan dan PKR, malah Anwar kini tidak diterima oleh lebih separuk pemimpin PKR di semua peringkat, termasuk mereka yang pernah bergelar sekutu rapatnya.

Inilah sebabnya ramai pemimpin PKR mengkhianati Pakatan Harapan dan memasuki perjanjian dengan Perikatan Nasional.

Alasan kononnya berlaku ugutan dari pihak kerajaan, walaupn mungkin benar, hanyalah alasan semata-mata.

Loading...

Hakikatnya, jika pemimpin-pemimpin yang ‘diugut’ itu pernah bergolek di jalan dan sanggup dipenjarakan pada satu ketika dulu atas dasar mempertahankan Anwar, mereka tidak mungkin akan mengkhianatinya ataupun melutut kepada mana-mana pihak jika benar mereka masih menyokong Anwar.

Kepimpinan Anwar menyebabkan Pakatan Harapan dan pembangkang tidak diyakini oleh ahli-ahli parlimen blok kerajaan, sekaligus menyebabkan pembangkang gagal mendapatkan sokongan ahli-ahli parlimen dalam bilangan yang mencukupi untuk menolak Belanjawan 2021.

Lim turut perlu akur bahawa salah seorang wakil DAP yang diklasifikasikan sebagai “Pro-Lim” telah menghadiri satu mesyuarat bersama Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi membincangkan kemungkinan UMNO bekerjasama dengan DAP.

Bukan hanya Najib dan Zahid bergelar ‘kleptokrat’, Zahid merupakan agen Anwar yang telah lama cuba mempengaruhi kepimpinan pusat parti itu sejak Anwar dipecat dari UMNO dengan harapan UMNO beransur-ansur menerima Anwar.

Malah, Nga Kor Ming yang merupakan sekutu rapat Lim turut merestui cadangan kerjasama yang dilontarkan oleh Zahid ketika krisis kepimpinan Perak memuncak.

Tindakan DAP memilih Anwar sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan turut mengaitkan DAP dengan gejala kleptokrasi memandangkan Anwar merupakan sekutu rapat Najib dan Zahid dan diketahui merancang kerjasama Pakatan Harapan dan Barisan Nasional bersama mereka.

Jadi usahlah memperbodohkan pengundi dengan dakwaan kononnya DAP tidak menerima kleptokrat, dan kuburkanlah niat ingin menjadikan Anwar Perdana Menteri.

Walaupun saya tidak berbicara bagi pihak Mahathir, saya yakin beliau tidak akan menerima Pakatan Harapan jika Anwar tetap menjadi calon Perdana Menteri gabungan itu.

WAJIB BACA:

Kenapa Anwar, di Port Dickson tak ada balai polis ke?



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...