Lim Kit Siang perlu nasihatkan anaknya berundur terlebih dahulu

Raggie Jessy Rithaudeen

Lim Kit Siang harus berhenti berpura-pura masalah kesepakatan antara parti-parti komponen Pakatan Harapan merupakan sebab gabungan tersebut kalah di Tanjung Piai.

Sebaliknya, beliau perlu mengaku bahawa kegagalan anaknya, Lim Guan Eng, mengurus tadbir Kementerian Kewangan merupakan sebab utama PH menerima pukulan kencang Barisan Nasional menerusi kemenangan calon MCA.




Justeru, saya menyatakan agar Kit Siang menasihati dulu Guan Eng untuk berundur dari Kementerian Kewangan bagi memberi laluan kepada pihak yang benar-benar mampu merangka dasar pemulihan kewangan sebelum terlambat.

Kehadiran berterusan Guan Eng bakal merencatkan lagi pertumbuhan ekonomi negara yang sudahpun terbantut atas beberapa sebab, antaranya kecenderungan beliau bercakap terlalu banyak.

Ya, Guan Eng sememangnya layak bergelar “Menteri paling banyak bercakap” di Malaysia dan juga di dunia.

Sikap ini akhirnya mamakan dirinya apabila para pelabur mula peka terhadap penipuan-penipuan serta percanggahan dalam kenyataan yang dibuatnya dan tertanya-tanya mengapa beliau suka berpaut pada ‘prestasi’ kerajaan lepas.

Tanpa mempamerkan sebarang bukti, Guan Eng kerapkali merujuk kepada ‘kerosakan’ yang kononnya ditinggalkan oleh kerajaan lepas, termasuk bebanan hutang lampau yang ‘terpaksa diperbetulkan’ oleh kerajaan kini.

Ini termasuklah ‘hutang RM1 trilion’ yang kononnya ditinggalkan Barisan Nasional biarpun angka rasmi Bank Negara pada ketika PH memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 menunjukkan hutang negara berada pada tahap RM686.8 bilion.

Malah, hutang negara pada ketika artikel ini ditulis berada pada paras RM757,301.10 bilion tanpa mengambil kira jaminan-jaminan baru kerajaan bernilai lebih RM199 bilion dan bayaran pajakan sebanyak RM201 bilion melibatkan syarikat perkongsian swasta-awam.

Loading...

Angka-angka ini sememangnya diketahui pakar-pakar ekonomi dunia yang pasti tertawakan Guan Eng dan juga formula yang digunapakai beliau untuk menghitung beban hutang negara.

Malah, beliau pernah ditegur oleh agensi piawaian tersohor dunia seperti Moody’s kerana mengemukakan angka-angka palsu yang jauh tersasar dari realiti.

Penipuan-penipuan sebegini, termasuklah dakwaan kononnya kerajaan lepas merompak wang bayaran balik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) berjumlah RM19.4 bilion amat merisaukan pelabur yang mula khuatir akan kemampuan kerajaan pusat mengurus tadbir kewangan negara.

Mereka turut tertanya-tanya hubungkait skandal 1MDB dengan skop tugas Guan Eng memandangkan beliau sentiasa mengungkit perihal syarikat berkenaan biarpun kes berjalan di Mahkamah.

Kesemua ini menjurus kepada penarikkan keluar berbilion ringgit dana pelaburan oleh sebilangan besar pelabur yang mula rasakan ekonomi negara kita bakal mencapai tahap kritikal dengan kehadiran Guan Eng.

Masyarakat tempatan turut dapat rasakan akibat terus kepincangan dalam pentadbiran Kementerian Kewangan menerusi pemerosotan nilai matawang negara dan peningkatan mendadak kos sara hidup.

Kit Siang harus peka terhadap semua ini dan menasihati anaknya terlebih dahulu sebelum cuba menasihati parti-parti komponen PH berhubung kekalahan di Tanjung Piai.

Beliau harus akur bahawa kegagalan anaknya mengurus tadbir Kementerian Kewangan dengan berkesan menjadi faktor utama peralihan hampir 40 peratus undi Cina dari DAP ke MCA dan kemarahan rakyat terhadap kerajaan persekutuan.



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...