Lim Lip Eng, Lim Kit Siang, dan lain-lain – Ahli Parlimen DAP yang tidak pernah ada di kawasan untuk berkhidmat kepada rakyat

TTF: Dari Bandar Melaka ke Kota Melaka, ke Petaling dan balik semula ke Kota Melaka, Lim Kit Siang adalah ahli politik DAP yang tidak pernah kekal di satu-satu kawasan. Pada 1986, beliau melompat ke Tanjong dan kemudiannya ke Bukit Bendera 13 tahun kemudian. Pada 2004, beliau ke Ipoh Timur sebelum melompat paling jauh, kali ini ke Gelang Patah. Ingatkan lompat-melompat ni telah berhenti, namun khabar angin mengatakan bahawa beliau akan menentang orang kuat MCA, Liow Tiong Lai di Bentong pada PRU14.

Ahli Politik DAP ni macam-macam hal. Rakyat di Gelang Patah tidak merasa langsung hubungan Lim Kit Siang dengan mereka, kerada beliau tidak pernah ada di kawasan. Perkara yang sama belaku kepada Lim Lip Eng, yang tanpa rasa malu dan bersalah, pergi ke merata tempat dan boleh dilihat di mana-mana KECUALI di kawasan beliau sendiri, Segambut. Bagi pemimpin-pemimpin DAP, pilihanraya umum hanyalah laluan masuk mereka ke parlimen untuk memuaskan ego dan fantasi ideology mereka, bukan berkhidmat untuk rakyat.

Tak percaya?

Datanglah ke Segambut dan tanya sendiri kepada penduduk Segambut jika mereka pernah melihat Lip Eng sejak 4 tahun lepas. Beliau sepatutnya membantu orang miskin yang kebocoran atap rumah, atau cuba menyelesaikan masalah banjir, namun beliau sibuk dengan perkara-perkara lain yang tiada kena mengena dan bukan kepakaran beliau. Pada 28 Mac 2014, beliau telah menyelar dan mencabar Kerajaan dengan meminta agar seorang pemimpin DAP dijadikan “Komander Tentera Udara atau Tentera Laut”, yang menurutnya adalah satu-satunya cara MH370 dapat dijumpai.

Kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu telah menimbulkan kemarahan netizen yang membidasnya kerana mempolitikkan kehilangan MH370. Beliau bukan sahaja enggan memohon maaf (beliau hanya menyatakan ‘menyesal’), namun beliau juga tidak ditegur atau dimarahi oleh Kit Siang yang hanya beberapa hari sebelum itu menggesa Barisan Nasional untuk mengenepikan perbezaan politik dalam tempoh krisis. Ahli Parlimen Gelang Patah itu hanya berdiam diri pada ketika Lip Eng mengganggu emosi dan mengguris perasaan anggota keluarga kru dan penumpang yang mengharapkan kepulangan dan penemuan orang-orang tersayang.

Jadi, adakah ini tujuan anda mengundi ahli politik DAP tersebut untuk parlimen?

Itulah persoalan yang perlu anda tanyakan kepada diri sendiri semasa anda ingin mengundi mereka di masa akan datang. Kit Siang sama sekali tidak berminat dengan bumbung masyarakat Gelang Patah yang rosak, sama seperti Lip Eng yang tidak peduli jika Segambut ditimpa bencana banjir. Pilihanraya umum hanyalah batu loncatan bagi mereka untuk membawa ego mereka ke Putrajaya, itu sahaja.

Percayalah, mereka ini berhati batu dan tidak berminat dengan pandangan atau masalah anda. Tanyalah Teresa Kok – bukankah beliau yang menghina ahli keluarga anggota keselamatan yang mati ketika berjuang mempertahankan Lahad Datu pada serangan tahun 2013? Beritahu saya, perempuan ini ada hati ke tak?

(Translated by: Fazrina)

******************************

BENTONG: MCA president Datuk Seri Liow Tiong Lai is ready to face DAP adviser Lim Kit Siang if it is true that the Gelang Patah MP intends to contest in Bentong.

Liow said as a people’s representative who had done good work in the constituency since 1999, he was confident of the continued support of the voters there.

“Lim Kit Siang is fond of jumping from one place to another… first in Penang, then to Gelang Patah (Johor), all did not last long because he did not give good service… that is why we do not care where he wants to go, it does not matter if he wants to come here (to contest). We are ready to face him,” he told reporters after attending a Chinese New Year celebration at Batu 1 Flats, Jalan Tras here today.

He said the people were aware that Lim did not just fail as a people’s representative in the places he won, but also did not have a definite stand in politics.

“The people are also confused how Lim Kit Siang who was so angry with (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) more than 22 years ago, can now hug him, and how Dr Mahathir can do likewise.

“This is purely a show put up to get the support of the people, both of them praising each other to clean up their previous images,” added Liow.

Source: The Malay Mail Online

Comments

Comments