Lima lagi ahli parlimen mohon undi tidak percaya terhadap Muhyiddin

Muhyiddin digesa jadikan usul tidak percaya terhadapnya agenda utama dalam sidang parlimen yang akan datang. Sumber (gambar): Fail TTF

ليما لاڬي اهلي ڤرليمين موهون اوندي تيدق ڤرچاي ترهادڤ محي الدين

Seramai lima ahli parlimen telah mengutus surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk sesi sidang Parlimen akan datang.

Selain Dr Mahathir, empat ahli Parlimen lagi ialah Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah; Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik dan Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Dr Shahruddin Salleh.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li telah menghantar kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 25 September lalu, menggesa agar usul tidak percaya yang dikemukakan dibentangkan di Dewan Rakyat sebagai satu keutamaan pada persidangan akan datang.

Menerusi surat yang sama, beliau mendakwa Muhyiddin sebanyak dua kali enggan membenarkan usul itu dibahaskan dengan cara menyenarai di penghujung senarai perbahasan.


SHAH ALAM: Seramai lima ahli parlimen telah mengutus surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk sesi sidang Parlimen akan datang.

Selain Dr Mahathir, empat ahli Parlimen lagi ialah Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah; Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik dan Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Dr Shahruddin Salleh.




Mereka semua menghantar surat bertarikh 15 Oktober 2020 kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun bagi meminta izin Majlis untuk membawa satu usul dan mengemukakan resolusi untuk membuat ketetapan bahawa Muhyiddin selaku Ahli Parlimen Pagoh tidak mempunyai keyakinan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat di bawah Peraturan Mesyuarat 26(1) dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 27(3) Dalam Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li telah menghantar kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 25 September lalu, menggesa agar usul tidak percaya yang dikemukakan dibentangkan di Dewan Rakyat sebagai satu keutamaan pada persidangan akan datang.

Menerusi surat yang sama, beliau mendakwa Muhyiddin sebanyak dua kali enggan membenarkan usul itu dibahaskan dengan cara menyenarai di penghujung senarai perbahasan.

Dengan itu katanya, perbahasan terhadap usul terhalang, di samping pengundian terhadapnya tidak dapat dilaksanakan oleh Dewan Rakyat.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...