Raggie Jessy Rithaudeen
Dewan Rakyat akan bersidang selama sehari pada 18hb Mei ini hanya bagi mendengar ucapan perasmian Yang di-Pertuan Agong.
Menurut Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof, kerajaan memutuskan untuk tidak adakan mesyuarat selepas ucapan berkenaan bagi memberi keutamaan kepada ‘perang melawan Covid-19’.
Ariff memberitahu, beliau dimaklumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan hanya menyenaraikan ucapan pembukaan oleh Agong “kerana pandemik Covid-19 belum sepenuhnya dihapuskan”.
Tidak lama kemudian, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat satu rakaman video yang dimuat naik ke dalam akaun Facebbok rasmi beliau.
Dalam video berkenaan, Mahathir mendakwa persidangan 18hb Mei 2020 ini tidak menepati syarat-syarat persidangan Dewan Rakyat dan hanya merupakan mesyuarat untuk mendengar ucapan, bukannya mesyuara parlimen.
Menurut beliau, terpulang kepada pakar-pakar undang-undang menyatakan sama ada sesi parlimen itu benar-benar mengikut peraturan yang betul atau tidak.
Tidak sampai sejam selepas video berkenaan (bawah) dimuat naik, email saya ([email protected]) dibanjiri soalan pembaca TTF dan juga penonton sesi-sesi live saya.
Kesemua yang menghantar email bertanya samada tafsiran Mahathir adalah benar, yakni samada persidangan parlimen yang bakal diadakan tidak menepati syarat-syarat persidangan Dewan Rakyat.
Perkara ini akan saya sentuh menerusi satu sesi live 9 malam ini (Sabtu), bersamaan 16hb Mei 2020, menerusi Facebook Raggie Jessy Rithaudeen (KLIK SINI).
Saya akan menumpu kepada soalan-soalan yang dikemukakan oleh saudara Hasril, yang bertanya:
1. Memandangkan Kerajaan Persekutuan adalah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, adakah berlaku penghinaan sekiranya ada yang mempersoal keputusan kerajaan menghadkan sidang Dewan selama sehari, tanpa bahas?
2. Adakah persidangan Dewan 18 Mei ini boleh dikategorikan sebagai persidangan parlimen yang sah, dan apakah sebab sebenar sidang ini diadakan?
Saya turut akan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh Nur Rashidin Maswari, yang bertanya (diringkaskan dan disunting):
1. Apakah akan ada pertembungan tiga gabungan semasa Pilihan Raya Umum ke-15, iaitu Pakatan Harapan (Anwar), Muafakat Nasional dan kem gandingan Mahathir-Muhyiddin?
2. Apakah tujuan pihak yang ‘membocorkan’ klip audio Mahathir?
Jadi jangan lupa bersama saya pada sidang live malam ini, di mana saya turut akan menyentuh lebih lanjut berkenaan puak kartel dalam UMNO yang sedang cuba menguasai tindak-tanduk beberapa ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi parti.
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
