LIVE: DR XAVIER JAYAKUMAR BIADAP, KURANG AJAR, PERLU MOHON MAAF SEGERA

“Jangan bersikap kurang ajar, minta maaf segera”

Raggie Jessy Rithaudeen

Saya baru sebentar tadi melihat satu rakaman video di mana Dr Xavier Jayakumar a/l Arulanandam, Ahli Parlimen Kuala Langat, menyifatkan persidangan parlimen hari ini bagi mendengar titah Yang di-Pertuan Agong sebagai “sampah” dan “tidak berguna.”

Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa kenyataan Xavier, yang dikeluarkan di perkarangan lobi Dewan Rakyat (yakni di luar Dewan), adalah biadap, tidak beradab dan boleh disifatkan sebagai kata-kata menghasut yang tidak mempamirkan ciri-ciri yang harus ada pada seorang yang bergelar wakil rakyat.

Saya akan membuat sidang live tergempar (menerusi Facebook Raggie Jessy Rithaudeen) pukul 5 petang esok, bersamaan 19hb Mei 2020, bagi menerangkan sebab-sebab saya berpendapat demikian serta memberi amaran keras kepada Xavier bagi pihak rakyat Malaysia yang bertamadun, beradab dan berfikiran waras.




Saya turut akan menjelaskan langkah susulan yang akan saya ambil sekiranya Xavier tidak memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia dan kepada Yang di-Pertuan Agong dalam tempoh 24 jam bermula jam 4 petang hari ini (18hb Mei 2020).

Jangan bersikap kurang ajar, minta maaf segera.

Demi Agama, Raja, Bangsa dan Negara.



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...