LIVE: MALAYSIA TIDAK PERLU DAP, AGENDA TERKINI ANWAR IBRAHIM

Raggie Jessy Rithaudeen, Petaling Jaya. Sumber (gambar): TTF

Raggie Jessy Rithaudeen

Saya akan berisaran secara live 10 malam ini, bersamaan Khamis 12hb Mac 2020 menerusi Facebook Raggie Jessy Rithaudeen (KLIK TERUS DI SINI) dan beberapa Facebook lain bagi memperinci perkara berikut:

1. Malaysia tidak perlukan DAP

2. Agenda terkini Datuk Seri Anwar Ibrahim




3. Mohamad Sabu cuba ‘halalkan’ sifat rasis pemimpin DAP

4. Pelantikan Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebagai Menteri Dalam Negeri baharu

5. Perlunya Hamzah kerahkan polis untuk siasat Tommy Thomas dan Lim Guan Eng

6. Kerajaan pimpinan Perikatan Nasional sah di sisi undang-undang, tiada krisis perlembagaan

7. Tidak berlaku “rompakan demokrasi” sepertimana yang didakwa oleh Mohamad Sabu dan pemimpin parti AMANAH yang lain

8. Langkah yang harus diambil Tun Dr Mahathir Mohamad susulan kenyataan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bahawa suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mungkin bergelar “ketua Pakatan Harapan”

Sepintas lalu, sesi ini akan menyentuh sikap anti-Melayu, anti-Islam, anti-perpaduan dan pro-evangelis yang dipamirkan beberapa pemimpin DAP yang cukup bersalah melagakan masyarakat Melayu-Islam dan Cina.

Loading...

Ianya turut akan memberikan bukti kukuh kenapa perubahan kerajaan yang berlaku baru-baru ini bukannya “rompakan demokrasi” sepertimana yang didakwa oleh Mohamad Sabu tetapi sebahagian daripada proses demokrasi dan bukti institusi demokrasi di negara ini masih subur dan diamati sepenuhnya oleh wakil rakyat.

Sesi ini akan merungkai aspek perlembagaan dalam pembentukan kerajaan baharu pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, isu ‘pengkhianatan’ yang disebut-sebut dan cabaran-cabaran yang bakal menanti kerajaan baharu ini.

Seperti biasa, saya menjanjikan pendedahan yang padat, telus dan tidak berpihak biarpun perkara-perkara tertentu yang bakal dirungkai mungkin pedih untuk didengar oleh pihak-pihak tertentu.

Segala yang bakal dirungkai hanya bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia memahami apa yang benar-benar berlaku agar ianya boleh dijadikan bekalan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.

Percayalah, biarpun terdapat beberapa perkembangan positif dari sudut kemartaban dan kemuliaan Agama, Raja, Bangsa dan Negara, kita tidak boleh leka, kerana Bangsa Melayu-Islam di tanah air masih lagi belum sekuat mana yang kita sangkakan.

PENGUMUMAN PENTING:

CARA AKSES LAMAN WEB YANG HADAPI GANGGUAN

Sekiranya ada gangguan teknikal melibatkan website http://www.thethirdforce.ne, untuk terus akses laman ini, sila KLIK link inidan download Tor Browser. SETELAH selesai install, taip www.thethirdforce.netdi atas untuk ikuti terbitan-terbitan kami yang terkini.

Bagi pengguna IPhone, download Onion Browser di https://onionbrowser.com/, kemudian klik Tor Browser setelah selesai install.



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...