LIVE (SABTU, 9 MALAM): KECEKAPAN KERAJAAN TANGANI KRISIS COVID-19, MENGAPA GUAN ENG, TONY PUA DIAM BILA DIMINTA JELASKAN KEMAMPUAN KERAJAAN BELANJA RM250 BILION?

Raggie Jessy Rithaudeen

Saya akan berisaran secara live 9 malam Sabtu ini, bersamaan 4hb April 2020 menerusi Facebook Raggie Jessy Rithaudeen (KLIK TERUS DI SINI) dan beberapa Facebook lain bagi memperinci perkara berikut:

1. Penipuan Lim Guan Eng berkenaan status kewangan dan ekonomi negara

2. Kegagalan World Health Organisation menangani penularan wabak Covid-19 dengan cara profesional dan berkesan.




3. Langkah Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawakan Pergerakan (PKP) di peringkat awal (dengan melibatkan polis) dan pakej bantuan RM250 bilion tepat dan mampu mengurangkan impak buruk kepada ekonomi

4. Perkara-perkara tambahan yang perlu dipertimbangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

5. Di manakah Tony Pua, mengapa tiba-tiba hilang?

6. Bagaimana DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyumbang ke arah keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan

7. Penularan berita-berita palsu dan propaganda yang membuang masa dari kedua-dua belah (puak penyokong Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan).

8. Sebab sebenar Lim Kit Siang inginkan sangat persidangan khas parlimen.

Sepintas lalu, sesi ini akan menyentuh peranan sebenar Tony Pua dalam Kementerian Kewangan sewaktu Lim Guan Eng masih lagi bergelar Menteri Kewangan dan perkara-perkara tertentu yang berlaku dalam kementerian berkenaan yang wajar disiasat oleh Menteri Kewangan yang baharu.

Loading...

Ini termasuklah pindah milik aset-aset Lembaga Tabung Haji kepada sebuah Syarikat Tujuan Khas milik Kementerian Kewangan menerusi satu pakej pertukaran berjumlah RM19.9 bilion, terdiri dari dua peringkat sukuk dan RM300 juta tunai yang dijanjikan kepada TH.

Aset-aset ini termasuk hotel-hotel milik TH Hotel & Residence Sdn Bhd yang merupakan antara 29 aset Tabung Haji yang didakwa oleh Mujahid mengalami kerugian.

Kerugian ini tidak pernah dibentangkan secara terperinci kepada para pendeposit Tabung Haji ataupun umum biarpun DAP selalu menegaskan bahawa kerajaan perlu mendedahkan kepada umum segala maklumat atau urusan pentadbiran yang melibatkan kepentingan awam.

Sesi ini turut akan menyentuh beberapa isu berbangkit yang giat dipolitikkan oleh tentera siber daripada kedua-dua belah menerusi WhatsApp, We Chat dan Facebook, termasuk kecurian RM250 ribu dari rumah Syed Saddiq Abdul Rahman, berita palsu penangkapan anak Lim Guan Eng di Lapangan Terbang Antarabangsa Singapura dan perjanjian rahsia yang kononnya dimasuki oleh Muhyiddin bersama Datuk Seri Azmin Ali di Hotel Sheraton.

Seperti biasa, saya tidak akan memihak kepada sesiapa dalam sesi ini dan hanya akan menegakkan kebenaran agar rakyat Malaysia dapat memahami apa yang benar-benar berlaku untuk dijadikan bekalan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.

Percayalah, biarpun terdapat beberapa perkembangan positif dari sudut kemartaban dan kemuliaan Agama, Raja, Bangsa dan Negara, kita tidak boleh leka, kerana Bangsa Melayu-Islam di tanah air masih lagi belum sekuat mana yang kita sangkakan.

PENGUMUMAN PENTING:

CARA AKSES LAMAN WEB YANG HADAPI GANGGUAN

Sekiranya ada gangguan teknikal melibatkan website http://www.thethirdforce.ne, untuk terus akses laman ini, sila KLIK link inidan download Tor Browser. SETELAH selesai install, taip www.thethirdforce.netdi atas untuk ikuti terbitan-terbitan kami yang terkini.

Bagi pengguna IPhone, download Onion Browser di https://onionbrowser.com/, kemudian klik Tor Browser setelah selesai install.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...