Liwat 3.0 (Bahagian Dua): Salahlaku Anwar disenyapkan setelah Najib masuk perjanjian sulit sebelum Pilihan Raya Umum ke-13

“Nota: Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta samada mengesahkan atau menafikan kesahihan pendedahan ini (rujuk video)”

Raggie Jessy Rithaudeen

Dalam bahagian pertama siri ini, saya mendedahkan satu perjanjian sulit antara Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim melibatkan Mantan Naib Presiden Indonesia) Muhammad Jusuf Kalla.

Menurut pendedahan Hamid Awaludin, bekas Menteri Perundangan dan Hak Asasi Indonesia, yang menjadi saksi proses rundingan antara Anwar dan Najib, Anwar bersungguh menjadikan Jusuf Kalla orang tengah.




Anwar ada sesuatu yang ingin diselindungi, dan ianya berkaitan tuduhan liwat melibatkan seorang individu bernama Aidil Azim.

Menurut sumber, Anwar tidak ingin Najib melakukan serangan peribadi terhadapnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, seolah-olah ada fail yang dipegang oleh Najib yang Anwar takut akan didedahkan kepada umum.

Fail yang dimaksudkan dikatakan bersangkut-paut dengan kes liwat 3.0. Najib pula merupakan pemimpin lemah kerana berlaku desakan kuat dari dalam dan luar UMNO agar beliau berundur.

Justeru, menerusi perjanjian dengan Anwar, Najib bersetuju untuk tidak melakukan serangan peribadi terhadap Anwar, manakala Anwar pula berjanji untuk tidak melakukan serangan peribadi terhadap Najib

Persetujuan ini dicapai hasil ehsan Jusuf Kalla yang berulang alik dari Jakarta ke Kuala Lumpur untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai orang tengah.

“Hasil perjanjian ini, banyak dana politik berjaya dikumpul oleh Anwar kerana keyakinan “funder” setelah Anwar berjaya seret Najib dalam perjanjian bertulis.

“Fail peribadi Anwar dikatakan telah ditutup oleh Najib. Dalam perjanjian tersebut, Anwar dan Najib bersetuju, “siapa menang jadi PM, dan siapa kalah, jadi TPM,” dakwa sumber.

Loading...

Ini bermakna, seandainya Barisan Nasional menang PRU13, Anwar akan dijadikan Timbalan Perdana Menteri.

Menurut kisahnya, pihak yang diliwat (Aidil Azim) telah memerangkap Anwar dan merakamkan pertemuan (audio-visual) dan perbualannya (audio) dengan presiden PKR itu (rujuk video di bawah) serta aksi seks luar tabii melibatkan dirinya dan Anwar.

Bersambung di bawah selepas video

Aidil seterusnya membuat Akuan Bersumpah mengaitkan Anwar dengan tuduhan liwat terhadapnya. Menurut Akuan Bersumpah Aidil, dia dibawa oleh polis ke hospital untuk diambil sampel.

Najib dikatakan mengetahui semua ini dan bertindak senyapkan fail melibatkan salahlaku Anwar disebabkan perjanjian yang dimasukinya sebelum PRU13 dengan presiden PKR itu.

Bersambung…

BAHAGIAN DUA:

Liwat 3.0: Kisah perjanjian sulit Anwar, Najib pada 2013 melibatkan Mantan Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla (Bahagian Satu)

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...