Liwat 3.0: Kisah perjanjian sulit Anwar, Najib pada 2013 melibatkan Mantan Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla (Bahagian Satu)

“Nota: Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta samada mengesahkan atau menafikan kesahihan pendedahan ini”

Raggie Jessy Rithaudeen

Datuk Seri Najib Tun Razak bertanggungjawab membuat rundingan sulit bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim melibatkan pihak asing menyebabkan UMNO hampir kalah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Kisahnya, sebelum PRU13, ada kes liwat melibatkan seorang bernama Aidil Azim, di mana kes itu dikatakan selengkap kes liwat Mohammad Saiful Bukhari Azlan yang Anwar kena lindungi.




Bersambung di bawah selepas video:

“Menjelang PRU13, Anwar sangat terdesak untuk berunding dengan Najib. Anwar ada sesuatu yang hendak diselindungkan.

“Dia mahu mengikat Najib agar tidak ada serangan peribadi, menjelang dan ketika kempen Pilihan Raya.

“Ramai tidak sedar bahawa 2013 ada rundingan dan perjanjian sulit antara Anwar dengan Najib.

“(Mantan Naib Presiden Indonesia) Muhammad Jusuf Kalla menjadi orang tengah,” dakwa sumber.

Menurutnya, Jusuf Kalla dengan jelas dalam satu temuramah di Metro TV (bawah), sebuah rangkaian televisyen Indonesia yang terkenal, mengesahkan perkara ini.

Loading...

Bersambung di bawah selepas video:

“Menurut pendedahan Hamid Awaludin, bekas Menteri Perundangan dan Hak Asasi Indonesia, yang menjadi saksi proses rundingan itu, Anwar Ibrahim-lah yang bersungguh menjadikan Jusuf Kalla orang tengah.

“Perjanjian ini merupakan pengkhianatan kepada negara kerana mengundang campur tangan asing dalam politik domestik.

“Antara perkara yang Anwar minta ialah tidak ada serangan peribadi ke atasnya menjelang dan ketika PRU, seoralh-olah ada fail yang Najib pegang yang perlu disenyapkan.

“Najib ini pemimpin lemah dan pada ketika itu memang ada desakan untuk beliau berundur. Maka, Najib telah bersetuju tidak akan ada serangan peribadi (terhadap Anwar)

“Hasil perjanjian ini, banyak dana politik berjaya dikumpul oleh Anwar kerana keyakinan “funder” setelah Anwar berjaya seret Najib dalam perjanjian bertulis.”

Menurut sumber lagi, fail peribadi Anwar dikatakan telah ditutup oleh Najib. Dalam perjanjian tersebut, Anwar dan Najib bersetuju, “siapa menang jadi PM, dan siapa kalah, jadi TPM.”

Ini bermakna, seandainya Barisan Nasional menang PRU13, Anwar akan dijadikan Timbalan Perdana Menteri.

Perjanjian ini bermakna Najib sudah lama berurusan dengan Anwar dan mencadangkan bahawa beliau bersedia dari sebelum 2013 lagi untuk menjadikan Anwar orang nombor dua dalam kerajaan, dan seterusnya, penggantinya bagi jawatan Perdana Menteri.

“Ramai kata pada ketika itu ada fail ke atas Anwar tetapi mungkin kerana perjanjian itu, Najib senyapkan.

“Namun Anwar, seperti biasa, lidah bercabang. Dia yang bersungguh meminta Jusuf Kalla berunding tetapi dia yang langgar.

“Anwar menggerakkan jentera menyerang Najib dengan serangan peribadi. Malah, selepas PRU, BN menang dan Anwar melakukan Blackout 505 sebagai perang saraf selepas kekalahannya.”

Bersambung…

WAJIB BACA:

Here’s why neither Perikatan Nasional nor Barisan Nasional will win the 15th general election (Part One)

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...