Logo ‘Barisan Harapan’ dilambung-lambung di media sosial

Zahid Hamidi dijangka menghadap Sultan Perak pagi esok. Sumber (gambar): Astro Awani

لوڬو ‘باريسن هارڤن’ دلمبوڠ-لمبوڠ د ميديا سوسيال

Semenjak presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengaku partinya (Team A) tidak menolak kemungkinan kerjasama dengan DAP dan PKR, media sosial dibanjiri Laskar-laskar Siber pro-Najib dan pro-Zahid yang melambung-lambung logo “Barisan Harapan.”

Logo berkenaan mirip logo “Perikatan Nasional” dan menimbulkan tanda tanya samada Barisan Nasional benar-benar sedang mempertimbangkan pembentukkan gabungan baharu di Perak bersama Pakatan Harapan.

Sabtu lalu, TTF mendedahkan kajian dalaman yang dilakukan UMNO pusat bagi meninjau pendapat pemimpin parti berhubung kemungkinan berlakunya kerjasama antara UMNO dan DAP.

Terdahulu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dalam undi usul percaya terhadap beliau Jumaat lalu.

Ada dakwaan ‘kekalahan’ Ahmad Faizal dirancang oleh PPBM dari awal lagi sebagai alasan untuk membawanya ke kabinet persekutuan.


IPOH: Semenjak presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengaku partinya (Team A) tidak menolak kemungkinan kerjasama dengan DAP dan PKR, media sosial dibanjiri Laskar-laskar Siber pro-Najib dan pro-Zahid yang melambung-lambung logo “Barisan Harapan.”

Logo berkenaan mirip logo “Perikatan Nasional” dan menimbulkan tanda tanya samada Barisan Nasional benar-benar sedang mempertimbangkan pembentukkan gabungan baharu di Perak bersama Pakatan Harapan.




Sabtu lalu, TTF mendedahkan kajian dalaman yang dilakukan UMNO pusat bagi meninjau pendapat pemimpin parti berhubung kemungkinan berlakunya kerjasama antara UMNO dan DAP.

Keesokkan harinya, pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming menzahirkan ketersediaan partinya bekerjasama dengan UMNO dan mengaku DAP sedang mengkaji kemungkinan itu.

Terdahulu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dalam undi usul percaya terhadap beliau Jumaat lalu.

Dalam undian 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahmad hanya memperolehi 10 undi sokongan berbanding 48 yang menolak usul percaya itu.

Kekalahan itu melibatkan sekongkol antara UMNO dan DAP dan menjurus kepada krisis kepimpinan di Perak apabila Ahmad Faizal meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar.

Ada dakwaan ‘kekalahan’ Ahmad Faizal dirancang oleh PPBM dari awal lagi sebagai alasan untuk membawanya ke kabinet persekutuan.

Walaubagaimanapun, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan tidak menjangka UMNO akan bersekongkol dengan DAP untuk mengalahkan Ahmad Faizal.

Loading...

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...