Lokman Adam ‘bodoh’ tak habis-habis menabur fitnah, Najib kena pasrah, muhasabah diri dan insaf

Khairuddin Abu Hassan

لقمان آدم ءبودوهء تق هابيس-هابيس منابور فتنه، نجيب كنا ڤاسرح، محاسبة ديري دان انصاف

Budak ‘bodoh’ Lokman Adam tidak habis-habis menabur fitnah kononnya Perdana Menteri datang berjumpa dengan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memenjarakan Najib Tun Razak.

Sekiranya Najib Tun Razak masuk penjara kemungkinan besar ramai yang takut punca pendapatan haram mereka akan terputus.




Sumber penghidupan macai-macai dan ‘makhluk-makhluk perosak’ ini bergantung kepada upahan natijah dari menabur fitnah.

Penyangak Lokman Adam ini cepat lupa sejarah dan tidak percaya pada kifarah Allah swt.

Sebenarnya budak ‘bangang’ Lokman Adam harus bersyukur kerana Najib Tun Razak didakwa di semua peringkat mahkamah serta diberi hak dibela oleh kumpulan peguam-peguam ternama lagi handal.

Perbicaraan kes rasuah Najib Tun Razak mengambil masa bertahun lamanya.

Hakikatnya, Najib Tun Razak telah diberikan hak yang sewajarnya untuk mempertahankan dirinya selaras dengan undang-undang negara.

Namun, Najib Tun Razak bersama penyokong-penyokongnya yang ‘berotak udang’ tidak boleh terima hakikat bahawa bukti kesalahan jenayahnya  terlalu kukuh.

Tidak ada mana-mana pihak dalam dunia ini boleh membebaskan Najib Tun Razak  dari pendakwaan kes jenayah kerana bukti-bukti amat sahih.

Loading...

Saya pada tahun 2015 tidak diberi sebarang hak untuk mempertahankan diri langsung.

Setelah saya terbang ke Singapura, Hong Kong, Peranchis, Switzerland, United Kingdom dan membuat laporan kes skandal 1MDB kepada Ibu Pejabat CIA di New York demi untuk menyelamatkan khazanah kerajaan serta duit rakyat dari terus disamun oleh  Najib Razak dan Penyangak Jho Low; kerajaan kleptokrasi terus menangkap dan mendakwa saya di bawah Akta SOSMA.

Ketika saya ditahan di bawah Akta SOSMA Seksyen 124C Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mendapati saya tidak bersalah dan dibebaskan.

Sebelum melangkah keluar pintu mahkamah dalam masa yang sama saya ditangkap semula dan didakwa di bawah Akta SOSMA Seksyen 124L pula dan terus dihantar ke penjara Sg Buloh.

Di tanahair kita saya adalah orang politik yang pertama ditangkap dan didakwa di bawah Akta SOSMA.

Apa yang peliknya adalah peguam saya turut ditangkap serta didakwa di bawah Akta SOSMA bersama anak guamnya.

Begitulah kezaliman serta salahguna kuasa kerajaan kleptokrasi yang diketuai oleh Najib Tun Razak pada waktu itu.

Waktu itu saya sabar dan pasrah menghadapi penganiayaan yang dilakukan oleh Najib Tun Razak tanpa menganjurkan perhimpunan bantahan atau masuk masjid anjur perbuatan sumpah laknat bagi meraih simpati.

Apakah budak bodoh Lokman Adam lupa akan penganiayaan serta salahguna kuasa yang dilakukan oleh kerajaan kleptokrasi yang diketuai oleh Najib Tun Razak pada waktu tersebut kepada saya dan kemungkinan besar juga keputusan Mahkamah Persekutuan pada detik ini merupakan kifarah Allah swt terhadap dirinya pula.”

Sehingga kini saya terima hakikat bahawa inilah ‘harga mahal’  yang terpaksa dibayar demi perjuangan untuk menegakkan kebenaran bagi menyelamatkan bangsa serta negara.

Kini, apabila Allah swt menunjukkan kebenaran dan terbukti Najib Tun Razak menyamun khazanah kerajaan dan mencuri duit rakyat maka giliran mereka pula untuk muhasabah diri seterusnya menerima hakikatnya.

Apabila Najib Tun Razak melakukan kesalahan jenayah maka pada hari ini beliau kena terimalah padahnya dengan hati yang terbuka di atas segala bentuk kesalahannya yang sengaja dilakukan atas dasar ketamakan duniawi.

Bak kata pepatah orang tua-tua ‘ berani buat berani tanggung.’

Janganlah bersikap bacul di waktu memegang tampuk kekuasaan dan menyalahguna kuasa pada waktu itu Najib Tun Razak hanya mendabik dadanya tetapi kini cuba hendak mencari publisiti murahan bagi menagih simpati.

Sekarang bila ditangkap serta didakwa dan terbukti kesalahannya; Najib Tun Razak serta pengikut-pengikut taksubya tidak boleh terima hakikatnya.

Di kamar mahkamah mengakui terima duit haram dan menggunakannya tetapi masuk ke masjid melafaz kalimah sumpah laknat menafikan apa yang beliau mengaku di mahkamah.

Puak fasiq ini sanggup memperalatkan agama untuk tujuan politik dan salah guna masjid bagi ‘menegakkan benang yang basah.’

Hakikatnya, golongan agamawan tidak boleh membiarkan insiden-insiden seperti ini dari berulang kerana amat mencemarkan kesucian agama Islam itu sendiri.

Situasi ini juga amat memalukan keseluruhan umat Islam serta mencemarkan agama Islam di negara kita.

Jangan sama sekali biarkan orang politik memperalatkan agama untuk agenda kepentingan politik peribadi mereka.

Golongan agamawan juga mesti tegas berpegang kepada ajaran agama Islam yang tulen berteraskan Al-Quran serta As-Sunnah.

Jangan takut pada sesama manusia kerana kita hanya perlu takut pada hukum-hakam Allah swt.

Apa pun sebagai hamba Allah saya amat simpati dengan nasib yang sedang menimpa Najib Tun Razak tetapi dalam masa yang sama beliau kena pasrah serta mengakui segala bentuk kesilapannya dan lalui lah proses undang-undang negara yang amat adil serta saksama ini secara tenang.

Sepertimana yang saya nyatakan dahulu saya difitnah kononnya cuba sabotaj sistem perbankan dan ekonomi negara ketika membuat laporan di luar negara mengenai kehilangan berbilion ringgit dana syarikat 1MDB namun saya amat tenang menghadapi hukuman dimasukkan ke dalam lokap selama dua minggu seterusnya dipenjarakan selama dua bulan.

Janganlah bila orang lain dihukum kita berkata semuanya adil tetapi bila jatuh ke ‘batang hidung’ sendiri kita mentohmah itu sebagai tidak adil.

Tiada siapa di muka alam ini yang menganiayai Najib Tun Razak kecuali beliau yang menganiayai dirinya sendiri.

Sesungguhnya, saya berdoa Najib Tun Razak tenang menghadapi hukumannya di peringkat duniawi belum lagi pun perbicaraan di Padang Mahsyar kelak.

Sebagai orang Islam kita jangan bersikap menyorak gembira dengan proses hukuman yang sedang menimpa Najib Tun Razak tetapi sama-samalah kita berdoa agar beliau insaf seterusnya mengakui segala pengkhianatannya terhadap bangsa dan negara.

Pengkhianatan Najib Tun Razak kepada bangsa, negara dan agama tidak boleh dimaafkan sama sekali.

Pada hari ini saya bersyukur kehadrat Allah swt kerana telah menunjukkan kebenaran di atas segala kemungkaran Najib Tun Razak  dan semoga Najib Tun Razak benar-benar insaf di atas segala kesalahan besarnya.

Keselurahan rakyat Malaysia juga ingin mendapatkan keadilan agar semua pihak yang bersekongkol dengan Najib Tun Razak pada waktu itu juga harus menerima hukuman yang setimpalnya.

Contohnya, mantan Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali menyatakan tiada kes jenayah terhadap Najib Tun Razak ketika itu.

Mantan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar juga memfitnah saya cuba mensabotaj sistem perbankan dan ekonomi negara bila membuat laporan-laporan kepada pihak penguatkuasaan undang-undang di luar negara pada tahun 2015.

Ketua Pesuruhjaya SPRM masakini Tan Sri Azam Baki mengesahkan kononnya dana rm2.6 bilion didermakan oleh kerabat DiRaja Arab Saudi.

Manakala mantan Gabenor Bank Negara Tan Sri Zetty Ungku Aziz hanya membisu bila berpucuk-pucuk surat yang saya maklumkan untuk penelitian tindakan Bank Negara dalam kes skandal 1MDB.

Para pengkhianat ini semua juga harus dihukum setimpal dengan kesalahan-kesalahan mereka kerana kalangan ini adalah petualang kepada bangsa dan negara.

Akhir kalam, saya bersyukur ke hadrat Allah swt kerana pada hari ini telah menunjukkan kebenaran di atas perjuangan kami untuk menegakkan kebenaran serta menyelamatkan tanahair kita yang disayangi ini.

Sesungguhnya, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah menipu dalam mana-mana perjuangan untuk menegakkan kebenaran demi menyelamatkan bangsa serta negara.

Secara jujur dan ikhlas saya dedikasikan kejayaan perjuangan secara kecil-kecilan ini buat Tun Dr Mahathir Mohamad seorang Tokoh Negarawan yang boleh diibaratkan seperti ‘sebatang lilin’ yang senantiasa ‘membakar diri’ untuk menerangi penghidupan orang lain.

Hanya Allah swt saja yang boleh membalas budi baik, kejujuran, keikhlasan dan segala pengorbanan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melihat bangsa, negara mahupun agama terus gemilang.

Amin Yarabbal Alamin.

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...