Lokman Adam dakwa dipecat dari UMNO

Tindakan Lokman dikecam Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, yang berkata ianya seolah-olah cuba memanipulasikan pelbagai isu, situasi serta membuat kenyataan terbuka dan melulu. Sumber (gambar): Fail TTF

لقمان آدم دڤچت دري امنو

Datuk Lokman bin Noor Adam dikhabarkan telah dipecat sebagai ahli UMNO berkuatkuasa serta merta susulan tindakan beliau menyerang presiden parti secara terbuka dan mendedahkan rahsia-rahsia parti kepada umum.

Menurut sumber (yang memetik Lokman), Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat sejak petang tadi membincangkan isu Lokman bersama cadangan pembentukan kerajaan campuran yang bertunjangkan kepimpinan Melayu-Islam tanpa kem Anwar dan sebilangan besar ahli parlimen DAP.

Sebelum ini, Lokman beberapa kali mengeluarkan kenyataan membidas presidennya sendiri, Ahmad Zahid yang didakwa mahu bekerjasama dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sementara itu, Lokman sebentar tadi mengeluarkan kenyataan ringkas bahawa beliau redha dengan keputusan MKT dan berhasrat “memohon semula menjadi ahli UMNO apabila Dato’ Seri Najib kembali menjadi presiden UMNO.”


PETALING JAYA: Datuk Lokman bin Noor Adam dikhabarkan telah dipecat sebagai ahli UMNO berkuatkuasa serta merta susulan tindakan beliau menyerang presiden parti secara terbuka dan mendedahkan rahsia-rahsia parti kepada umum.

Menurut sumber (yang memetik Lokman), Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat sejak petang tadi membincangkan isu Lokman bersama cadangan pembentukan kerajaan campuran yang bertunjangkan kepimpinan Melayu-Islam tanpa kem Anwar dan sebilangan besar ahli parlimen DAP.




Lokman sebentar tadi mengesahkan pemecatannya dari UMNO.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi yang membincangkan perkara-perkara tersebut di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Menurut sumber, mesyuarat tersebut turut membincangkan cadangan pembentukan kerajaan campuran yang bertunjangkan kepimpinan Melayu-Islam tanpa kem Anwar dan sebilangan besar ahli parlimen DAP.

Turut hadir ke mesyuarat Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan serta tiga Naib Presiden, Setiausaha Agung, Ketua Penerangan, ketua sayap Wanita, Pemuda dan Puteri serta Pengerusi UMNO negeri-negeri.

Sebelum ini, Lokman beberapa kali mengeluarkan kenyataan membidas presidennya sendiri, Ahmad Zahid yang didakwa mahu bekerjasama dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya amat malu hari ini kerana mempunyai seorang presiden yang lemah dan tiada jati diri,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan beliau susulan pembongkaran rakaman audio melibatkan Zahid oleh dirinya sendiri, di mana Zahid didakwa mencadangkan kerjasama UMNO dengan pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Loading...

Tindakan Lokman dikecam Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, yang berkata ianya seolah-olah cuba memanipulasikan pelbagai isu, situasi serta membuat kenyataan terbuka dan melulu.

Menurut Shamsul, tindakan Lokman tidak profesional malah boleh merosakkan imej parti yang sentiasa berpegang kepada prinsip.

Sementara itu, Lokman sebentar tadi mengeluarkan kenyataan ringkas bahawa beliau redha dengan keputusan MKT dan berhasrat “memohon semula menjadi ahli UMNO apabila Dato’ Seri Najib kembali menjadi presiden UMNO.”

THE THIRD FORCE



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...