Lokman Adam: Polis didakwa bertindak kasar koyak laporan polis dan patahkan mikrofon

Tun Carlos

Himpunan yang diketuai Presiden Pemantau Malaysia Datuk Lokman Noor Adam di hadapan SOGO malam tadi gagal berlangsung seperti yang dirancang apabila mereka disekat polis.




Perhimpunan yang disertai NGO Pemantau Malaysia dan CHARM ini adalah bertujuan untuk mendesak Peguam Negara Tommy Thomas meletak jawatan kerana didakwa telah menyalahgunakan kuasa beliau untuk menggugurkan kes-kes mahkamah beberapa Menteri dan pemimpin Pakatan Harapan.

Sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi diketuai ACP Shaharudin Abdullah dan juga FRU menyekat perarakan berkenaan dan mengarahkan kira-kira 500 peserta bersurai.

Polis juga didakwa mengasari dan merosakkan mikrofon yang digunakan Lokman. Kertas laporan polis yang dipegang Lokman juga telah dikoyak oleh polis yang menghalang beliau.

Protes berkenaan terpaksa dipindahkan ke lokasi lain gara-gara ucapan Lokman gagal diperdengarkan kerana ditelan oleh bunyi muzik dan nyanyian pemuzik jalanan berhampiran kompleks beli-belah Sogo.

Terdahulu, ketika menyampaikan ucapan, Lokman terlebih dahulu meminta bantuan polis untuk menyuruh pemuzik jalanan berkenaan merendahkan bunyi sistem PA kerana terlalu bising.

Apabila tiada tindak balas daripada sebarang pegawai polis, penunjuk perasaan yang dipimpin Lokman mula berarak ke arah ibu pejabat polis Dang Wangi kerana keadaan di situ yang terlalu bising.

Akibat dihadang polis, penunjuk perasaan berundur kembali ke pintu masuk Sogo dan mereka dikepung anggota polis termasuk pasukan FRU.

Loading...

Selepas keadaan kembali tenang, Lokman terus berucap dan ACP Shaharuddin beberapa kali memintanya berhenti walaupun Lokman langsung tidak menggunakan perkataan provokasi ataupun kesat terhadap polis.

Pihak polis mendakwa mereka hanya mengikut arahan dan menjalankan tugas.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...