LTAT, Tabung Haji: Amanah bantu DAP rompak dana milik Melayu-Islam?

“Bagaimanakah Mohamad Sabu boleh dakwa berlaku rompakan dan rumuskan bahawa laporan audit yang diisytihar ke atas LTAT pada tahun 2018 satu pembohongan sedangkan Pengerusi LTAT, Tan Sri Dr. Mohd. Zahidi Zainuddin, hari ini mengisytiharkan tiada elemen jenayah ditemui? Apakah benar pemimpin-pemimpin Amanah, terutamanya Mohamad Sabu dan Mujahid, sedang giat berusaha membantu DAP merompak aset-aset dan dana milik Melayu-Islam?”

Raggie Jessy Rithaudeen

Kenyataan terbaru Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berhubung pembayaran dividen berlebihan oleh pentadbiran terdahulu Lembaga Tabung Amanah Tentera (LTAT) jelas bertujuan mengaburi mata rakyat.

Di majlis Sekalung Budi Media Pertahanan di Kuala Lumpur hari ini, Mohamad membangkitkan beberapa perkara, antaranya, dividen terlebih bayar dan pelaburan dalam Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), yang menurutnya masing-masing bernilai RM500 juta.




“Jabatan Audit Negara menegur laporan tahun 2016 yang dilaporkan pada 2017, yang mana (laporan itu) tidak betul dan kita perbetulkannya. Maka inilah laporan yang sebenarnya.

“Wang kita terbantut dalam pelaburan AES lebih RM500 juta. Kalau wang itu ada di tangan LTAT, buat simpanan di bank saja sudah dapat (untung) lebih RM30 juta,” katanya lagi.

Semalam, LTAT mengumumkan dividen sebanyak 2.0 peratus – paling rendah dalam sejarah – bagi ahlinya untuk tahun kewangan 2018 yang berakhir 31 Disember 2018.

Dalam satu kenyataan, Mohamad berkata dividen itu berdasarkan kemampuan semasa LTAT yang terjejas akibat “pelaburan tidak munasabah kepimpinan terdahulu”.

Sekiranya benar berlaku pelaburan tidak munasabah, saya cabar Mohamad untuk membentangkan satu laporan kira-kira terperinci di parlimen bagi menjelaskan bagaimana Kementerian Pertahanan mencapai kesimpulan tersebut.

Begitu juga, Mohamad perlu membentangkan laporan terperinci yang mampu membuktikan bahawa LTAT membayar dividen lebih pada tahun 2016 dan 2017 dengan menjelaskan piawaian sebenar yang digunakan oleh syarikat audit Ernst & Young.

Umum tahu, jika piawaian yang digunakan adalah bersandar kepada pasaran saham terkini dan bukannya pada ketika transaksi berlaku, sudah pasti Ernst & Young akan menjurus kepada kesimpulan bahawa berlaku kepincangan dalam transaksi lepas.

Loading...

Ini memandangkan berlakunya perosotan teruk ekonomi negara dan pasaran saham susulan kepincangan dalam pengurusan Kementerian Kewangan oleh Lim Guan Eng yang menjurus kepada perosotan nilai matawang dan saham-saham pelaburan LTAT sejak Pakatan Harapan mula berkuasa.

Hakikatnya, kesemua pemimpin parti Amanah (yang pernah ditaja DAP) sememangnya giat menutup kepincangan dalam pentadbiran Guan Eng, termasuk Dato’ Seri Dr Mujahid Yusuf, yang menggunakan modus operandi yang sama untuk melepaskan lebih RM20 bilion kepada sebuah syarikat SPV bawah kementerian Guan Eng.

Mungkin ramai yang lupa, sikap Lim Guan Eng yang sekian lama menipu rakyat berhubung hutang negara yang kononnya mencecah RM1 trilion menakutkan begitu ramai pelabur dari dalam dan luar negara, sehinggakan nilai matawang kita merosot teruk apabila berbilion ringgit dibawa keluar oleh pelabur-pelabur tersebut.

Dalam tempoh lima bulan pertama sahaja Pakatan Harapan memegang tampuk kepimpinan negara, ekonomi kita telah mencatat pengaliran keluar dana pelaburan asing yang mencecah RM12 bilion, iaitu pengaliran keluar yang terbesar bagi tempoh tersebut sejak krisis ekonomi tahun 1998.

Malah, pada 6hb Ogos 2018, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ong Kian Ming, mengaku bahawa negara kita mengalami kerugian tambahan sebanyak RM16.4 bilion hasil dari penarikan keluar projek-projek pelaburan terus asing.

Para penganalisa yang tersohor dan terkemuka di dunia telah berkali-kali menegur dan memberi amaran kepada kerajaan Malaysia bahawa nilai-nilai hutang dan nisbah hutang kepada GDP yang diwar-warkan kemenerian Lim Guan Eng jauh tersasar dari nilai sebenar.

Tetapi bukan hanya perkara ini dipandang remeh oleh Lim Guan Eng, beliau sanggup berbohong terus kepada rakyat bahawa penganalisa-penganalisa tersebut tidak arif akan situasi sebenar ekonomi negara ini.

Sebelum ini, saya diberitahu bahawa pengaliran keluar dana pelaburan yang berbilion ringgit nilainya sejak PRU-14 sekaligus menimbulkan kegusaran di kalangan pendeposit TH yang turut menarik keluar simpanan mereka sejak penghujung bulan Mei 2018.

Perkara ini bukannya satu rekaan, tetapi diceritakan kepada saya secara peribadi oleh salah seorang pekerja syarikat audit yang berurusan dengan TH yang tidak ingin namanya dipaparkan.

Menurut pekerja ini, kenyataan Mujahid langsung tidak mencerminkan situasi sebenar dan bertujuan manghalalkan pelupusan aset-aset TH kepada Bangsa DAP.

Apakah turut berlaku pengaliran keluar dana simpanan oleh para pendeposit LTAT yang melabur dalam skim simpanan Lembaga berkenaan kerana gusar dengan kepincangan dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan?

Kalau dulu Mujahid mengarahkan PricewaterhouseCoopers (PwC) melakukan audit semula akaun TH, kini tiba pula giliran Mohamad untuk mengarahkan Ernst & Young melakukan audit semula akaun LTAT.

Apakah benar piawaian yang digunakan oleh syarikat-syarikat audit berkenaan bersandar kepada nilai matawang dan saham pada masa transaksi berlaku?

Atau adakah Ernst & Young menggunakan helah sama yang digunakan PricewaterhouseCoopers (PwC) bagi mengaburi mata rakyat, iaitu menggunakan piawaian terkini bagi menimbulkan persepsi seolah-olah pentadbiran LTAT sebelum ini merompak dana milik angota tentera yang majoritinya Melayu-Islam?

Bagaimanakah Mohamad boleh dakwa berlaku rompakan dan rumuskan bahawa laporan audit yang diisytihar ke atas LTAT pada tahun 2018 satu pembohongan sedangkan Pengerusi LTAT, Tan Sri Dr. Mohd. Zahidi Zainuddin, hari ini mengisytiharkan tiada elemen jenayah ditemui?

Apakah benar pemimpin-pemimpin Amanah seperti Mohamad Sabu dan Mujahid sedang giat berusaha membantu DAP merompak aset-aset dan dana milik Melayu-Islam?

Bersambung…


Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


FOLLOW US ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup

TELEGRAM: Norismail Sarbini

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

 



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...