LTTE: Kit Siang akan mengunjung keluarga ADUN DAP yang ditangkap pagi ini, dijangka buat kenyataan

Kit Siang dilaporkan akan membuat kunjungan ke rumah keluarga Saminanthan di Durian Tunggal pagi ini dan dijangka akan mengeluarkan kenyataan berhubung penahanan terbaru dua ahli DAP. Sumber (gambar): Fail TTF

Penahnan dua lagi ahli DAP oleh PDRM semalam di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) menjadikan jumlah ahli parti tersebut yang ditangkap sehingga kini seramai empat orang.

Menurut Pengerusi DAP Melaka, Datuk Tey Kok Kiew, kedua-dua mereka merupakan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri dan ketua pegawai eksekutif (CEO) perbadanan anak syarikat kerajaan negeri.

Keesokkan harinya, Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan meminta Kementerian Dalam Negeri atau Jawatankuasa Khas Parlimen berhubung penahanan untuk menghadapkan mereka yang ditahan (setakat Jumaat lepas) ke mahkamah ataupun melepaskan mereka terus.

Menurut Lim, penahanan mereka tidak dapat diterima kerana bukan hanya LTTE “sudah lama berkubur,” pihak Pakatan Harapan berjanji sebelum pilihanraya umum ke 14 untuk memansuhkan “bahagian-bahagian lampau dalam Akta Sosma 2012.”


SUBANG JAYA: Penahnan dua lagi ahli DAP oleh PDRM semalam di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) menjadikan jumlah ahli parti tersebut yang ditangkap sehingga kini seramai empat orang.

Menurut portal Sinar Harian, penahanan kedua-dua mereka dipercayai ada kaitan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dan disahkan Ketua Polis Melaka, Datuk Mat Kasim Karim.

“Saya sahkan dua mereka ditahan namun saya tidak boleh mengulas lanjut dan Bukit Aman dijangka akan membuat sidang media esok berhubung penahanan dua individu itu,” beliau dilaporkan berkata.


Menurut Pengerusi DAP Melaka, Datuk Tey Kok Kiew, kedua-dua mereka merupakan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri dan ketua pegawai eksekutif (CEO) perbadanan anak syarikat kerajaan negeri.

“Setakat ini saya dimaklumkan mengenai penahanan mereka dan saya diberitahu mereka ditahan di rumah mereka di Durian Tunggal, Alor Gajah.”

Khamis lalu, Lim Guan Eng memberitahu bahawa pihak polis memaklumkan tidak akan lagi menahan wakil rakyat dari DAP berikutan penangkapan dua ADUN dari parti tersebut, iaitu G Saminathan dari Melaka dan P Gunasekaran dari Negri Sembilan.

Keesokkan harinya, Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan meminta Kementerian Dalam Negeri atau Jawatankuasa Khas Parlimen berhubung penahanan untuk menghadapkan mereka yang ditahan (setakat Jumaat lepas) ke mahkamah ataupun melepaskan mereka terus.

Menurut Lim, penahanan mereka tidak dapat diterima kerana bukan hanya LTTE “sudah lama berkubur,” pihak Pakatan Harapan berjanji sebelum pilihanraya umum ke 14 untuk memansuhkan “bahagian-bahagian lampau dalam Akta Sosma 2012.”

Kenyataan Lim seirama dengan kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Ramasamy, dan tiga lagi pemimpin DAP berbangsa India yang turut mempersoal tangkapan di bawah Akta Sosma 2012.

Menurut mereka, penggunaan Sosma “tidak masuk akal” memandangkan akta tersebut sepatutnya sudah dihapuskan oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Anehnya, kesemua mereka tidak pernah bersuara sebelum ini apabila pihak polis melakukan penangkapan dan (atau) siasatan di bawah akta-akta tersebut melibatkan beberapa individu yang tidak bersama kerajaan.

Apapun, Kit Siang dilaporkan akan membuat kunjungan ke rumah keluarga Saminanthan di Durian Tunggal pagi ini dan diramalkan akan mengeluarkan kenyataan berhubung penahanan terbaru dua ahli DAP.

THE THIRD FORCE



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


FOLLOW US ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup

TELEGRAM: Norismail Sarbini

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...