LTTE: Mahkamah tolak permohonan ikat jamin dua ADUN DAP, CEO

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) G Saminathan antara tiga individu yang menghadapi pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE. Sumber (gambar, kapsyen): Berita Harian Online

Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, menolak permohonan jaminan terhadap tiga individu termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkait siasatan berhubung kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), November tahun lalu.

Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pada 1 November lalu membenarkan permohonan 12 individu termasuk dua ADUN yang didakwa berhubung kumpulan pengganas LTTE untuk merujuk isu perlembagaan ke Mahkamah Tinggi.

Hakim Rozina Ayob memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Ramkarpal yang membuat permohonan itu di tiga Mahkamah Sesyen berasingan sebelum itu.

Dalam keputusannya, Rozina menyatakan terdapat merit dalam permohonan pihak pembelaan mengikut Seksyen 13(2) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) bagi merujuk isu perlembagaan berhubung jaminan ke Mahkamah Tinggi.


AYER KEROH: Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, menolak permohonan jaminan terhadap tiga individu termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkait siasatan berhubung kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), November tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Elesabet Paya Wan membuat keputusan itu terhadap kesemua tertuduh iaitu ADUN Seremban Jaya, P Gunasekaren, 60; ADUN Gadek G Saminathan, 34, dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM), S Chandru, 38.




Elesabet berkata, antara sebab adalah tuduhan berkaitan keselamatan negara selain peguam gagal untuk menimbulkan merit dan keadaan-keadaan khas mengapa jaminan diperlukan oleh semua tertuduh.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muzila Mohamed Arsad dan Hayatul Wirdah Mohd, manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam, Ramkarpal Singh.

Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pada 1 November lalu membenarkan permohonan 12 individu termasuk dua ADUN yang didakwa berhubung kumpulan pengganas LTTE untuk merujuk isu perlembagaan ke Mahkamah Tinggi.

Hakim Rozina Ayob memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Ramkarpal yang membuat permohonan itu di tiga Mahkamah Sesyen berasingan sebelum itu.

Dalam keputusannya, Rozina menyatakan terdapat merit dalam permohonan pihak pembelaan mengikut Seksyen 13(2) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) bagi merujuk isu perlembagaan berhubung jaminan ke Mahkamah Tinggi.

Pada 10 Oktober lalu, dua ADUN masing-masing dari Melaka dan Negeri Sembilan antara tujuh individu ditahan mengikuti Akta SOSMA selepas dipercayai terbabit dengan kumpulan pengganas LTTE.

Dua hari kemudian, polis menahan lima lagi individu selepas dipercayai terbabit dengan kumpulan yang diklasifikasikan sebagai pengganas di Malaysia sejak 2014.

Loading...

Sumber:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...