LTTE: Mahkamah tolak permohonan jaminan tertuduh didakwa miliki item keganasan

Mahkamah menetapkan 19 Disember ini untuk laporan pakar forensik bagi mengesahkan sama ada material yang dimiliki tertuduh mempunyai unsur keganasan. Sumber (gambar): FMT

Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, menolak permohonan jaminan terhadap seorang penghantar surat, S Teeran, yang sebelum ini didakwa atas pertuduhan berkaitan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Terdahulu, peguam mewakili tertuduh, A Mathan, memohon anak guamnya diberi ikat jamin memandangkan lelaki itu menghidap sakit tulang belakang dan sudah menjalani pembedahan 25 Julai lalu dan memerlukan tempoh tiga hingga enam bulan untuk sembuh, selain bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan depan.

Pada 29 Oktober lalu, Teeran, didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan kerana memiliki barangan berunsur perbuatan keganasan atau berkaitan kumpulan pengganas itu di Jalan Genuang, Kampung Paya Pulai di sini, kira-kira jam 6.30 petang pada 10 Oktober lalu.


SEGAMAT: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, menolak permohonan jaminan terhadap seorang penghantar surat yang sebelum ini didakwa atas pertuduhan berkaitan kumpulan pengganas Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE).

Hakim Rasidah Roslee membuat keputusan itu terhadap tertuduh, S Teeran, 38, atas hujah mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa bersesuaian.




Rasidah berkata, tugas Mahkamah Sesyen hanya menyebut dan mengurus kes berkenaan, jadi sebarang permohonan jaminan wajar dikemukakan ke Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidang kuasa memutuskan perkara seumpama itu.

Beliau sebelum itu bersetuju dengan hujahan Timbalan Pendakwa Raya, Suriani Ujang, bahawa jaminan tidak boleh diberikan kerana pertuduhan dihadapi Teeran adalah perbuatan menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Selain itu, mahkamah bersetuju hujahan pendakwaan mengenai laporan perubatan menyatakan tertuduh menjalani pembedahan diperoleh dari sebuah hospital swasta di Melaka.

Terdahulu, peguam mewakili tertuduh, A Mathan, memohon anak guamnya diberi ikat jamin memandangkan lelaki itu menghidap sakit tulang belakang dan sudah menjalani pembedahan 25 Julai lalu dan memerlukan tempoh tiga hingga enam bulan untuk sembuh, selain bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan depan.

Mahkamah kemudian menetapkan 19 Disember ini untuk laporan pakar forensik bagi mengesahkan sama ada material berkenaan mempunyai unsur keganasan.

Pada 29 Oktober lalu, Teeran, didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan kerana memiliki barangan berunsur perbuatan keganasan atau berkaitan kumpulan pengganas itu di Jalan Genuang, Kampung Paya Pulai di sini, kira-kira jam 6.30 petang pada 10 Oktober lalu.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara maksimum tujuh tahun atau denda dan dilucutkan hak ke atas mana-mana barangan terbabit.

Loading...

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...