“Ramasamy sengaja cuba mengelirukan masuarakat bukan Melayu agar mereka berani mempersoalkan kedudukan orang Melayu dalam sektor perkhidmatan awam. Saksıkan juga penjelasan lengkap DI SINI (KLIK DI SINI)“
Raggie Jessy Rithaudeen
لوچوت سهاج كراقيتان راماسمي، كيت سياڠ – دوا-دوا كورڠ اجر، برسيكڤ راسيس
UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI
Tindakan P Ramasamy menggesa agar perkhidmatan awam tidak lagi kekal sepenuhnya di tangan orang Melayu adalah satu tindakan yang kurang ajar, rasis dan bongkak.
Rasis, kerana Ramasamy begitu berat sebelah dalam penghujahannya sehingga mampu menimbulkan ketegangan antara kaum
Apa yang dititik beratkan oleh Ramasamy ialah dakwaan kononnya berlaku diskriminasi terhadap golongan bukan Melayu dalam perkhidmatan awam, sedangkan diskriminasi terhadap Melayu-Islam di sektor swasta, khususnya, sektor perindustrian, terus disenyapkan.
Pada tanggapan saya, Ramasamy sengaja cuba mengelirukan masuarakat bukan Melayu agar mereka berani mempersoalkan kedudukan orang Melayu dalam sektor perkhidmatan awam.
Hakikatnya, rasisme sudah lama wujud dalam sektor perindustrian, malah ada temuduga yang diatur menumpu kepada pencarian tenaga kerja Cina walaupun temuduga dibuka kepada semua kaum.
Artikel bersambung di bawah video ini:
Ada di antara kilang tergamak isytihar bahawa jawatan yang ditawarkan khusus kepada orang Cina, sedangkan skop kerja yang tersenarai langsung tidak memerlukan seorang berbangsa Cina.
Kesemua ini berpunca daripada kegagalan pemimpin politik bukan Melayu menekankan perlunya pengorbanan ke arah mengurangkan jurang perpisahan sosio-ekonomi dan sosio-politik antara kaum.
DAP dan MCA sejak berdekad lamanya hanya bertumpu kepada keperluan kaum Cina tanpa menerapkan semangat “nation building” atau “masyarakat majmuk” dalam naratif perjuangan.
Bila mereka tidak dapat apa yang diperjuangkan, mereka menuding jari terhadap pemimpin Melayu-Islam.
Bila Melayu-Islam dimangsakan dengan fitnah dan tohmahan, mereka berdiam diri dan enggan memperbetulkan keadaan.
Contohnya, bila kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan pengenalan seni khat dan tulisan jawi di peringkat sekolah, timbul dakwaan kononnya langkah ini menjurus kepada “pengislaman pendidikan di Malaysia.”
DAP tidak melakukan apa-apa untuk memperbetulkan persepsi palsu ini meskipun timbalan menteri pendidikan pada ketika itu merupakan seorang ahli DAP.
Jadi siapa harus dipersalahkan kalau minda masyarakat Cina diracuni dengan persepsi palsu dan berbahaya terhadap Melayu dan Islam?
Sekalipun Ramasamy inginkan penilaian semula kawalan Melayu-Islam terhadap sektor perkhidmatan awam, beliau seharusnya bersikap jujur dan mengenalpasti beberapa faktor yang sengaja disenyapkan sebelum ini, antaranya:
1. diskriminasi terhadap Melayu-Islam di sektor perindustrian swasta
2. sikap ahli politik DAP yang suka main sondol untuk mengecapi sesuatu tanpa mengambil kira sensitiviti orang Melayu-Islam
3. kegagalan DAP dan MCA sejak merdeka untuk menekankan perlunya pengorbanan kaum Cina ke arah mengurangkan jurang perpisahan sosio-ekonomi dan sosio-politik antara kaum, berbekalkan semangat “nation building.”
