Maaf, Muhyiddin bukan ‘Abah’ ku…

“Makin ramai di media sosial sudah mula menggelar Muhyiddin “abah kau,” petanda mereka turut tidak sanggup menerima Muhyiddin sebagai “abah” mereka”

Raggie Jessy Rithaudeen

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi menutup ucapan khasnya mengenai pandemik Covid-19 hari ini dengan memberi amaran bahawa pihak berkuasa tidak akan bertolak ansur lagi untuk membendung lonjakan kes Coronavirus baru-baru ini.

Merujuk dirinya sendiri sebagai “abah”, beliau “meminta ampun” dari rakyat Malaysia kerana mengambil langkah sedemikian.




“Maaf jika ‘abah’ ini sudah mula menggunakan rotan,” katanya kepada orang ramai.

Dalam siaran langsung menerusi media sosial, Muhyiddin mendakwa negara tidak bersedia untuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baharu dan satu-satunya cara untuk memastikan orang ramai mematuhi norma baru adalah dengan bertegas.

Katanya, kerajaan akan menggerakkan lebih banyak barisan hadapan untuk memastikan rakyat mematuhi SOP baharu ketika jumlah jangkitan kes meningkat.

Bagaimanapun, kata-kata Muhyiddin dijangka tidak akan menggurangkan keresahan di kalangan orang awam yang inginkan perubahan dalam kerajaan persekutuan.

Semalam, TTF menulis (baca artikel penuh menerusi link di hujung bawah):

Tingkah laku pentadbiran pusat dan menteri-menteri kita sememangnya tersasar jauh, buruk, tidak bertanggungjawab dan mengarut hingga menjadikan keadaan tidak menentu.

Inilah sebabnya rakyat tidak tenteram dan meluat dengan kepemimpinan negara.

Loading...

Hukumlah pemimpin yang rakus kuasa hingga sibuk cuba jatuhkan kerajaan negeri yang dipilih rakyat tatkala rakyat ditimpa kesusahan disebabkan wabak Covid-19.

Hukumlah pemimpin yang menggunakan dana milik negara dan rakyat untuk mengayakan diri masing-masing menerusi pengagihan jawatan tak tentu hala tatkala ramai pengusaha bankrap dan sengsara disebabkan wabak Covid-19.

Hukumlah pemimpin yang terang-terang melanggar SOP ketika kempen Pilihan Raya Negeri Sabah hingga mengancam nyawa rakyat tatkala orang awam disaman, diheret ke mahkamah atau ditahan hampir setiap hari kerana kesalahan-kesalahan kecil, termasuk kesalahan “tidak memakai topeng muka dengan cara yang betul.”

Tetapi janganlah hukum mereka yang berkata “Rakyat Jaga Rakyat, Menteri Jaga Poket,” kerana dari kaca mata banyak pihak, ungkapan ini memberikan gambaran tepat apa yang dialami oleh rakyat pada ketika ini.

Allah selamatkanlah Malaysia, maafkanlah pemimpin-pemimpin yang terpesong ini.

Halakan mereka ke landasan yang benar agar mereka mendapat kekuatan untuk menghentikan “politik darjat,” “politik petik dalil” dan “politik wang, kuasa serta kedudukan” yang mengancam Agama, Bangsa dan Negara.

Jangan dibuli rakyat lagi.

Jangan harap saya menerima Muhyiddin sebagai “abah ku,” kerana saya tidak mengiktiraf pemimpin sebegini sebagai seorang yang layak bergelar “abah” saya.

Malah, makin ramai di media sosial sudah mula menggelar Muhyiddin “abah kau,” petanda mereka turut tidak sanggup menerima Muhyiddin sebagai “abah” mereka.

Ini hak peribadi saya, ini hak peribadi kami, jangan dicabar hak ini.

Wallahu A’lam

WAJIB BACA:

Hentikan kezaliman, jangan buli rakyat

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...