MACC memberi Guan Eng 48 jam memohon maaf

“Memandangkan rayuan ini masih belum selesai dan dimuktamadkan sepenuhnya di mahkamah maka sebarang kenyataan oleh mana-mana pihak berkaitan penahanan tersebut adalah subjudis dan boleh dianggap sebagai tindakan menghina mahkamah”

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) menuntut Lim Guan Eng membuat permohonan maaf secara terbuka susulan kenyataan beliau berhubung penahanan exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang Phee Boon Poh.




Ketua Menteri Pulau Pinang itu digesa untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 48 jam atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

Permohonan maaf yang dituntut adalah merujuk kepada kenyataan Guan Eng semalam yang menyifatkan tindakan SPRM terhadap Phee sebagai ‘penahanan haram’.

“Selepas meneliti audio dan video pertemuan Guan Eng dengan pihak media pada 24 Ogos 2017 di Komtar, Pulau Pinang, SPRM mendapati Guan Eng dengan jelas telah menggunakan perkataan ‘penahanan haram oleh SPRM’ apabila menjawab soalan wartawan berhubung isu kilang haram di Sungai Lembu tersebut.

“SPRM memandang serius kenyataan itu dan beranggapan ia merupakan satu fitnah jahat yang bertujuan untuk memburukkan nama baik SPRM serta mencemarkan dan menjejaskan reputasi SPRM,” kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan hari ini.

SPRM juga percaya Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Datuk Abdul Wahab Mohamed tidak pernah dalam penghakimannya berkaitan penahanan reman Boon Poh menyatakan bahawa penahanan yang dibuat oleh SPRM sebagai ‘penahanan haram’.

SPRM telah pun memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 14 Ogos 2017 berikutan keputusan mahkamah tersebut yang telah membatalkan penahanan reman terhadap exco Kerajaan Negeri itu.

“Memandangkan rayuan ini masih belum selesai dan dimuktamadkan sepenuhnya di mahkamah maka sebarang kenyataan oleh mana-mana pihak berkaitan penahanan tersebut adalah subjudis dan boleh dianggap sebagai tindakan menghina mahkamah,” katanya.

Loading...

Source: Malaysia Outlook



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...