“Usahlah sesiapa cuba menjadi ‘orang tengah’ Zahid atau Najib untuk memperdaya masyarakat Melayu-Islam, kerana pada hakikatnya, disebabkan Zahid dan Najib, UMNO kini bagaikan ikan “dalam pelukan lautan kejahilan” tetapi tidak menyedari perkara ini”
Raggie Jessy Rithaudeen
مهاذر خالد اوسه كلينتوڠ، نجيب، زاهيد ميمڠ برسكوڠكول دڠن انور، ڤرتيمبڠ كرجاسام دڠن دڤ
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid samada naif atau cuba menyelindungi kebenaran apabila berkata partinya tidak akan bekerjasama dengan DAP atau PKR.
Menurut Mahadzir, tiada perbincangan kepimpinan tertinggi yang cuba membawa kerjasama berkenaan.
“Sebagai Naib Presiden, saya boleh katakan tidak ada mana-mana perbincangan melibatkan kepimpinan tertinggi yang cuba membawa kita untuk mengadakan kerjasama bersama DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kita tetap berpendirian untuk menolak daripada bekerjasama dengan DAP dan PKR seperti yang sudah diputuskan Majlis Tertinggi UMNO iaitu ‘no DAP, no PKR.
“UMNO akan terus kekal dengan piagam Muafakat Nasional (MN) dan mendokong kerajaan Perikatan Nasional (PN),” katanya.
Ini tidak benar.
Hakikatnya, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kini bersekongkol dengan presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha bersama mereka mewujudkan gabungan kerjasama baharu.
Bukan hanya Anwar cuba mendapatkan Surat Akuan Bersumpah sokongan dari kem Najib dan Zahid, Najib dan Zahid sendiri pernah menzahirkan sokongan mereka terhadap Anwar sebagai Perdana Menteri ke-19 dalam satu surat yang dipanjangkan ke pihak Istana Negara.
Kedua-dua mereka turut mempertimbangkan kerjasama dengan DAP, malah perkara ini diakui oleh Zahid sendiri ketika salah seorang kuncunya mencetuskan “Langkah Perak” untuk menerajang mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Jadi usahlah sesiapa cuba menjadi ‘orang tengah’ Zahid atau Najib untuk memperdaya masyarakat Melayu-Islam, kerana pada hakikatnya, disebabkan Zahid dan Najib, UMNO kini bagaikan ikan “dalam pelukan lautan kejahilan” tetapi tidak menyedari perkara ini.
Saya acabar Najib dan Zahid nafikan perkara ini.
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
