Mahahir: Wabak Covid-19 terlaulu besar untuk ditangani Ketua Pengarah Kesihatan seorang

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Sumber (gambar): TTF

Berikut merupakan keyataan lengkap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung wabak Covid-19 dan pendekatan yang perlu diambil:


Covid-19

مهاهير: وابق چوۏيد-19 ترلاولو بسر اونتوق دتاڠني كتوا ڤڠاره كصيحتن سأورڠ

Mahathir Mohamad

1. Baru-baru ini seorang dari keluarga saya dijangkiti COVID-19. Dia tidak dapat dimasuk hospital kerana tidak teruk. Sebaliknya ia diarah kuarantin di rumahnya.

2. Tetapi semasa di rumah keadaannya menjadi teruk sehingga tidak dapat bernafas. Maka dia pun dimasuk ke hospital.




3. Masalahnya semasa dia berada di rumah, penyakitnya dijangkit kepada ahli di rumah. Saya percaya ia tidak dapat dimasuk hospital awal kerana jumlah yang dijangkiti terlalu ramai. Tiap hari 4000 dikesan.

4. Namun demikian, jika pesakit berada di rumah, ahli keluarga akan dijangkiti. Maka lebih ramailah yang terjangkit. Sepatutnya mereka dimasuk ke dalam kuarantin berasingan dari keluarga.

5. Jika selepas sekian lama pesakit mungkin sembuh atau perlu dirawat dalam hospital. Setelah didapati tidak ada jangkitan maka bolehlah balik ke rumah.

6. Sudah tentu tempat kuarantin hendaklah sesuai. Dari gambar yang diperolehi katil-katil terlalu dekat dan apabila ada lawatan pembesar pesakit akan berkumpul. Ini akan menyebabkan jangkitan merebak.

7. Sesungguhnya ada banyak cara dan amalan yang boleh kurangkan jumlah jangkitan. Diharap doktor-doktor pakar dapat berbincang dengan pegawai Kerajaan.

8. Khidmat Ketua Pengarah Kesihatan amat dihargai. Tetapi wabak ini agak terlalu besar untuk ditangani oleh seorang sahaja.

Loading...

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...