Mahathir: Ahli politik hanya fokus kekal kedudukan, tiada masa untuk negara

Menurut Mahathir, beliau dan Tengku Razaleigh berpendapat perlu diwujudkan dasar untuk memajukan negara, bukannya dasar kepentingan peribadi atau kepentingan parti. Sumber (gambar): TTF

محضير: اهلي ڤوليتيك سيبوق چوبا ككالكن كدودوكن، تيدق اد ماس اونتوق نڬارا

“Semua ahli-ahli politik di Malaysia ini asyik dengan politik sahaja.”

Demikian menurut mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang berkata, tumpuan ahli-ahli politik kini adalah untuk mendapat kedudukan dan gaji yang lumayan, bukannya perkhidmatan untuk rakyat.

“Untuk menjalankan tugas memajukan negara, mereka tidak ada masa, kerana sepanjang masa mereka berusaha untuk kekal dengan kedudukan mereka.

“Kerajaan (pula) bertukar…ada orang kena beli, kena jual…ini semua bukan politik untuk negara.”

Mahathir berkata demikian di Yayasan AlBukhary petang tadi dalam satu sidang media bersejarah bersama veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah.


KUALA LUMPUR: “Semua ahli-ahli politik di Malaysia ini asyik dengan politik sahaja.”

Demikian menurut mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang berkata, tumpuan ahli-ahli politik kini adalah untuk mendapat kedudukan dan gaji yang lumayan, bukannya perkhidmatan untuk rakyat.




“Masing-masing nak jadi menteri sebab dapat gaji besar. Nak jadi (menteri), timbalan menteri, pengerusi syarikat, pengerusi institusi…semua ini pasal duit sahaja…

“Untuk menjalankan tugas memajukan negara, mereka tidak ada masa, kerana sepanjang masa mereka berusaha untuk kekal dengan kedudukan mereka.

“Kerajaan (pula) bertukar…ada orang kena beli, kena jual…ini semua bukan politik untuk negara.”

Mahathir berkata demikian di Yayasan Albukhary petang tadi dalam satu sidang media bersejarah bersama veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah.

Menurut Mahathir, beliau dan Tengku Razaleigh berpendapat perlu diwujudkan dasar untuk memajukan negara, bukannya dasar kepentingan peribadi atau kepentingan parti.

“Ini lah sebabnya kami datang balik untuk bekerjasama, kerana saya pun ada sedikit pengalaman, Tengku Razaleigh pun ada pengalaman selama 22 tahun dalam kerajaan.

“Kita berpendapat bahawa pengalaman kita ini boleh kita sumbang kepada negara supaya negara boleh jadi kembali sebuah negara stabil yang bertumpu kepada kemajuan.”

Loading...

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...