Mahathir: Anwar sebagai menteri tugas khas? Itu pandangan Kadir Jasin…

Dr Mahathir turut berkata beliau tidak mengetahui mengenai perjumpaan sekumpulan bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM) di Kajang pada Ahad lalu. Sumber (gambar): Fail TTF

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil sikap kunci mulut berhubung cadangan cadangan penasihat medianya, Datuk A Kadir Jasin supaya melantik Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menteri tugas khas.

“Saya dengar semua orang cakap. Tak semua kita setuju. Banyak (juga) cadangan mengenai rombakan Kabinet, ini kebebasan bersuara.

“Anda boleh tanya apa yang anda suka tapi sama ada saya akan respons atau tidak, apa yang saya fikirkan, saya simpan sendiri,” katanya pada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, Kadir dilaporkan mencadangkan Anwar dilantik sebagai menteri tugas khas susulan kesediaan Mahathir mempertimbangkan rombakan Kabinet selepas kekalahan teruk Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil (PKR) Tanjung Piai.


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil sikap kunci mulut berhubung cadangan cadangan penasihat medianya, Datuk A Kadir Jasin supaya melantik Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menteri tugas khas.

Beliau bagaimanapun menyifatkan semua orang bebas mengeluarkan pendapat, namun tidak semestinya dipersetujui.




“Itu pendapat dia (Kadir). Di Malaysia, kita bebas bersuara. Siapa pun boleh buat apa-apa cadangan.

“Saya dengar semua orang cakap. Tak semua kita setuju. Banyak (juga) cadangan mengenai rombakan Kabinet, ini kebebasan bersuara.

“Anda boleh tanya apa yang anda suka tapi sama ada saya akan respons atau tidak, apa yang saya fikirkan, saya simpan sendiri,” katanya pada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, Kadir dilaporkan mencadangkan Anwar dilantik sebagai menteri tugas khas susulan kesediaan Mahathir mempertimbangkan rombakan Kabinet selepas kekalahan teruk Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil (PKR) Tanjung Piai.

Dalam perkembangan lain,cDr Mahathir berkata, beliau tidak mengetahui mengenai perjumpaan sekumpulan bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM) di Kajang pada Ahad lalu.

“Anda cakap tentang parti komunis. Saya baca surat khabar saja. Saya baru balik dari Korea. Tanya pasal Korea saya boleh jawab,” katanya.

Sumber:

Loading...



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...