
محضير: انور تق ڤوڤولر، راماي تق ماهو دي، جادي ساي چوبا بنتو – ايت ساج
Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya tidak mempunyai sokongan cukup untuk menjadi Perdana Menteri kerana tidak lagi diterima oleh ramai pihak.
“Terdapat pihak yang menentang keras jika dia (Anwar) dicalonkan, mereka tidak akan sokong. Dan kita perlukan sokongan daripada parti kerajaan supaya mempunyai majoriti cukup. Saya bimbang dia tak dapat majoriti cukup jika bergantung pada dia seorang.
“Saya tidak mahu kembali. Maksud saya, kembali buat kali ketiga ini agak keterlaluan, Bagaimanapun, rayuan orang ramai itu ada, mereka datang, mereka kata jika kamu setuju kami akan sokong. Kalau tidak, kami tak akan sokong,” katanya.
Mahathir kini memiliki sokongan dari WARISAN dan majoriti ahli parlimen dari PPBM (blok kerajaan, blok Azmin), UMNO (Team B) dan Sarawak serta sebilangan tertentu ahli parlimen dari PKR.
Kesemua mereka dikatakan tidak ingin Anwar dinamakan sebagai calon Perdana Menteri ke-9 dan menolak sebarang bentuk perjanjian peralihan kuasa yang baharu.
PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya tidak mempunyai sokongan cukup untuk menjadi Perdana Menteri kerana tidak lagi diterima oleh ramai pihak.
Demikian menurut bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu wawancara bersama media Hong Kong, Asia Times, yang disiarkan hari ini.
Mahathir berkata, dia hanya ingin membantu Anwar kerana majoriti yang diperolehi oleh presiden PKR itu memang tidak cukup.
“Terdapat pihak yang menentang keras jika dia (Anwar) dicalonkan, mereka tidak akan sokong. Dan kita perlukan sokongan daripada parti kerajaan supaya mempunyai majoriti cukup.
“Saya bimbang dia tak dapat majoriti cukup jika bergantung pada dia seorang.
“Saya hendak bantu dia,” kata Mahathir dalam wawancara berkenaan sepertimana dilaporkan oleh portal Malaysiakini.
Mahathir berkata demikian ketika ditanya kenapa beliau boleh mendapatkan sokongan majoriti dan tidak Anwar.
DAP dan AMANAH kini bersekutu dengan Mahathir untuk cuba untuk merapas kembali tampuk pemerintahan negara.
Walaubagaimanapun, PKR berkeras tidak akan bersetuju dengan pencalonan Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9 mewakili Pakatan Harapan.
Perkara ini menimbulkan ketidaksefahaman di kalangan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan kerana kedua-dua DAP dan AMANAH bersetuju dengan pencalonan Mahathir.
Anwar dikatakan berada dalam ketakutan setelah tangannnya ‘diikat’ oleh seorang pemimpin dari Perikatan Nasional yang dikatakan telah menggunakan dakwaan salah laku untuk menakutkan Anwar.
Manakala itu, Mahathir berkata beliau tidak sendiri tidak berminat untuk kembali berkuasa tetapi “ramai orang” mahukan beliau kembali.
“Saya tidak mahu kembali. Maksud saya, kembali buat kali ketiga ini agak keterlaluan,” katanya sambil ketawa.
“Bagaimanapun, rayuan orang ramai itu ada, mereka datang, mereka kata jika kamu setuju kami akan sokong. Kalau tidak, kami tak akan sokong,” katanya.
Mahathir kini memiliki sokongan dari WARISAN dan majoriti ahli parlimen dari PPBM (blok kerajaan, blok Azmin), UMNO (Team B) dan Sarawak serta sebilangan tertentu ahli parlimen dari PKR.
Kesemua mereka dikatakan tidak ingin Anwar dinamakan sebagai calon Perdana Menteri ke-9 dan menolak sebarang bentuk perjanjian peralihan kuasa yang baharu.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
