Mahathir: Bahasa Inggeris digunakan semula dalam pembelajaran Sains, Matematik

Perdana Menteri berkata, penggunaan dan penguasaan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan perlu terus digalakkan terutama dalam pembelajaran Sains dan Matematik. Sumber (gambar): Fail TTF

محضير: بهاس ايڠڬريس دڬوناكن سمولا دالم ڤمبلاجرن ساءين س، ماتماتيك

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, bahasa Inggeris akan digunakan semula untuk pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah.

“Geografi dan Sejarah boleh diperoleh dalam mana-mana bahasa tetapi Matematik dan Sains bukan bahasa asal kita. Ia berasal dari luar negara,” katanya dalam mesyuarat khas bersama pentadbiran Kementerian Pendidikan di Putrajaya, semalam.

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diperkenalkan pada 2003 ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri keempat.

Dasar itu menimbulkan bantahan dan dimansuhkan pada 2012 sebelum Kementerian Pendidikan memperkenal dasar Dual Language Program (DLP) pada 2016 yang memberi pilihan kepada sekolah menentukan sendiri jika ingin mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, bahasa Inggeris akan digunakan semula untuk pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah.

Perdana Menteri berkata, penggunaan dan penguasaan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan perlu terus digalakkan terutama dalam pembelajaran Sains dan Matematik.




“Sangat penting untuk kita memberi masa supaya penggunaan bahasa Inggeris digunakan semula, khususnya dalam pembelajaran Sains dan Matematik.

“Geografi dan Sejarah boleh diperoleh dalam mana-mana bahasa tetapi Matematik dan Sains bukan bahasa asal kita. Ia berasal dari luar negara,” katanya dalam mesyuarat khas bersama pentadbiran Kementerian Pendidikan di Putrajaya, semalam.

Video ringkas pertemuan itu Dr Mahathir yang memangku jawatan Menteri Pendidikan itu dimuat naik dalam Twitter @chedetofficial hari ini.

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diperkenalkan pada 2003 ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri keempat.

Dasar itu menimbulkan bantahan dan dimansuhkan pada 2012 sebelum Kementerian Pendidikan memperkenal dasar Dual Language Program (DLP) pada 2016 yang memberi pilihan kepada sekolah menentukan sendiri jika ingin mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

Kelas DLP kini ada di hampir 1,300 sekolah rendah dan menengah membabitkan kira-kira 23,000 pelajar.

Sumber:

Loading...



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...