Mahathir bakal umum penubuhan gagasan baharu

محضير باكل عموم ڤنوبوهن ڬاڬسن بهارو

Satu gagasan baharu berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan.

Pada majlis solat hajat dan doa selamat malam tadi, Pengerusi Parti Pejuang itu memberi bayangan mengenai penubuhan sebuah gagasan dalam usaha menyatupadukan semula kaum Melayu untuk berjuang mempertahan Malaysia, lapor Bernama.

Presiden Putra Datuk Ibrahim Ali pula berkata Dr Mahathir dijangka mengumumkan penubuhan gagasan itu di Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur esok.

“Ini merupakan suatu kumpulan Orang Melayu beragama Islam. Langkah ini perlu diambil jika ingin selamatkan negara kita, bangsa kita, agama kita,” katanya.

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

Turut hadir barisan pemimpin serta anggota Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN), Pejuang, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).

Presiden Putra Datuk Ibrahim Ali pula berkata Dr Mahathir dijangka mengumumkan penubuhan gagasan itu di Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur esok.

Beliau berkata gagasan itu akan melibatkan beberapa parti politik Melayu dan badan bukan kerajaan (NGO).

Sumber:

Loading...

SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments

Loading...