Mahathir: Belum ada keperluan henti penerbangan seluruh China

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan akan mengkaji tindakan kerajaan Sabah dan Sarawak yang memutuskan untuk menggantung kesemua penerbangan dari China. Sumber (gambar): TTF

محضير: بلوم اد كڤرلوان هنتي ڤنربڠن سلوروه چينا

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tiada keperluan untuk menghentikan penerbangan daripada seluruh China susulan larangan dikeluarkan oleh Sabah dan Sarawak.

Terdahulu, kedua-dua negeri di Borneo itu mengambil langkah menggantung semua penerbangan dari China berkuatkuasa serta-merta.

Menyentuh mengenai usaha membawa pulang 78 rakyat Malaysia di wilayah Hubei, Dr Mahathir berkata, kerajaan belum mendapat maklum balas dari China.

Semalam, kerajaan memutuskan akan penghantar pesawat untuk membawa pulang rakyat Malaysia di negara itu serta menyumbang makanan dan keperluan Wuhan sekiranya diberi kebenaran oleh China.


PUTRAJAYA: Tiada keperluan untuk menghentikan penerbangan daripada seluruh China susulan larangan dikeluarkan oleh Sabah dan Sarawak.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan akan mengkaji tindakan itu.




“Pada waktu ini, belum ada kajian, kita akan buat kajian,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis-majlis Ramah Mesra bersama rakan strategik Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini sebentar tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan kerajaan Sabah dan Sarawak yang memutuskan untuk menggantung kesemua penerbangan dari China.

Terdahulu, kedua-dua negeri di Borneo itu mengambil langkah menggantung semua penerbangan dari China berkuatkuasa serta-merta.

Menyentuh mengenai usaha membawa pulang 78 rakyat Malaysia di wilayah Hubei, Dr Mahathir berkata, kerajaan belum mendapat maklum balas dari China.

“Kita baru sahaja mula bercakap (berhubung) dengan China,” katanya.

Semalam, kerajaan memutuskan akan penghantar pesawat untuk membawa pulang rakyat Malaysia di negara itu serta menyumbang makanan dan keperluan Wuhan sekiranya diberi kebenaran oleh China.

Sumber:

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...