Mahathir bercakap benar – Anwar kemaruk kuasa, tidak mungkin jadi Perdana Menteri

Raggie Jessy Rithaudeen

محضير برچاكڤ بنر – انور كماروك كواس، تيدق موڠكين جادي ڤردان منتري

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah punca beliau tidak dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8.

Menurut Mahathir, Anwar tidak layak jadi Perdana Menteri kerana ramai yang tidak lagi menyokongnya.




“Anwar memang dia gila-gilanak jadi PM, dia tak boleh jadi (PM) pasal entah macam mana kalua dulu ramai sokong dia, sekarang ini ramai sokong saya.”

Ini benar.

Ketika Mahathir mengumumkan peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri, Anwar membuat kenyataan ada rakan-rakan dari PPBM dan PKR yang mengkhianati Pakatan Harapan.

Walaubagaimanapun, keesokan harinya, Anwar memberitahu pemberita bahawa Mahathir “tidak terlibat dengan komplot” menjatuhkan Pakatan Harapan.

Kenyataan ini dibuat setelah kedua-dua Anwar dan Lim Guan Eng bertemu dengan Mahathir di kediaman beliau.

Malah, Lim bukan sekadar ‘sucikan’ nama Mahathir, beliau mendakwa Mahathir seorang yang pegang pada prinsip dan letak jawatan kerana “enggan kerjasama dengan parti UMNO” yang ditentangnya pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Lim kemudian merayu agar Mahathir kembali menerajui Pakatan Harapan dan kerajaan persekutuan.

Loading...

Tetapi keesokan harinya, kesemua parti komponen Pakatan Harapan menyuarakan sokongan padu mereka terhadap Anwar sebagai calon Perdana Menteri Malaysia ke-8.

Bagi meyakinkan ahli-ahli parlimen bahawa Mahathir merupakan punca utama kejatuhan kerajaan pimpinan Pakatan, Lim mendakwa bekas Perdana Menteri tersebut letak jawatan kerana “tidak ingin menunaikan Manifesto Pilihan Raya ke-14.”

Biarpun begitu, Anwar masih tidak berjaya meraih simpati dan sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat, sekaligus bermakna sebilangan besar ahli parlimen memang tidak ingin melihat beliau menerajui kerajaan persekutuan.

Atas kesedaran inilah pihak DAP dan PKR membuat pusingan-U saat akhir dan mencalonkan semula nama Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8.

Ya, tidak kira siapa yang berkuasa, samada gabungan perikatan baru melibatkan PPBM, PAS dan UMNO atau serpihan Pakatan Harapan yang sedia ada, nyata majoriti ahli parlimen tidak sanggup melihat Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Maka tidak syak lagi kenyataan Mahathir berhubung Anwar adalah tepat, kerana tidak kira berapa banyak wang yang Anwar tabur, beliau akan terus ditentang oleh sebilangan besar ahli-ahli parlimen.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...