Mahathir beritahu Najib fokus kes curi duit 1MDB dan saman Tommy Thomas berhubung pembunuhan Altantuya

Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri), Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan). Sumber (gambar): TTF

محضير بريتاهو نجيب فوكوس كيس چوري دويت 1مدب دان سامن تومماي تومس برهوبوڠ ڤمبونوهن التنتويا

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberitahu Najib supaya memberi tumpuan terhadap kes 1MDB yang dihadapinya dan tuduhan Tommy Thomas yang mengaitkannya dengan pembunuhan Altantuya daripada menjaga tepi kain orang.

Kenyataan Mahathir merupakan reaksi terhadap sindiran Najib di Facebook. Dalam satu kenyataan sinis, Najib mendakwa Mahathir berbohong apabila berkatga beliau tidak pernah mencampuri urusan Mahkamah.

Walaubagaimanapun, sehingga hari ini, tidak pernah ada satu kertas siasatan jenayah atau dakwaan salah guna kuasa terhadap Mahathir di Mahkamah walaupun berpuluh-puluh cerita ditularkan di media sosial oleh kem pro-Najib.

Manakala itu, Najib didakwa atas berpuluh-puluh tuduhan melibatkan pecah amanah, gubahan wang haram dan salah guna kuasa berselit bukti-bukti berbentuk dokumentasi yang dikemukakan di mahkamah.


PETALING JAYA: Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberitahu Najib supaya memberi tumpuan terhadap kes 1MDB yang dihadapinya dan tuduhan Tommy Thomas yang mengaitkannya dengan pembunuhan Altantuya daripada menjaga tepi kain orang.

“Saya rasa Najib tak payah campur tangan dengan tuduhan terhadap saya. Dia harus fokus kes curi duit rakyat berbilion-bilion dalam 1MDB.




“Dia juga perlu bagi perhatian saman Tommy Thomas yang kait dia dengan pembunuhan Altantuya.

“Lagipun, kalau isu yang berlaku 1987/88, Najib boleh ingat yang dia hunus keris dan nak mandikan keris dengan darah orang Cina,” katanya.

Kenyataan Mahathir merupakan reaksi terhadap sindiran Najib di Facebook.

Dalam satu kenyataan sinis, Najib mendakwa Mahathir berbohong apabila berkata beliau tidak pernah mencampuri urusan Mahkamah.

Walaubagaimanapun, sehingga hari ini, tidak pernah ada satu kertas siasatan jenayah atau dakwaan salah guna kuasa terhadap Mahathir di Mahkamah walaupun berpuluh-puluh cerita ditularkan di media sosial oleh kem pro-Najib.

Cerita-cerita berkenaan mula diedarkan di WhatsApp, We Chat dan Facebook sebaik selepas Mahathir menyerang Najib berhubung skandal 1MDB di sekitar 2015.

Manakala itu, Najib didakwa atas berpuluh-puluh tuduhan melibatkan pecah amanah, gubahan wang haram dan salah guna kuasa berselit bukti-bukti berbentuk dokumentasi yang dikemukakan di mahkamah.

Loading...

Pada 28hb Jun 2020, Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Najib turut berdepan dengan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan amaun sama.

Selain itu, Najib dituduh menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dilakukan terhadap laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadapnya.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan ke atas laporan itu, untuk melindungi Najib daripada dikenakan tindakan.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...