
محضير: برساتو تق اد دارتن، اكن كاله تروق
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberi peringatan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk menilai semula kedudukan parti itu dalam Perikatan Nasional (PN).
Menerusi satu kenyataan berupa rakaman video, beliau mempersoal keputusan PPBM untuk kekal bersama PN sedangkan UMNO tidak menyokong gabungan berkenaan.
Menurutnya, PPBM berkemungkinan besar akan kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum akan dating, sekaligus menghancurkan harapan orang Melayu untuk melihat Umno digantikan sebuah parti lain bertunjangkan kepimpinan Melayu.
Mahathir kemudian mengingatkan PPBM bahawa UMNO komited untuk bertanding di semua kerusi tradisinya pada PRU akan dating.
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberi peringatan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk menilai semula kedudukan parti itu dalam Perikatan Nasional (PN).
Menerusi satu kenyataan berupa rakaman video, beliau mempersoal keputusan PPBM untuk kekal bersama PN sedangkan UMNO tidak menyokong gabungan berkenaan.
“Di satu pihak kita tak dapat sokongan daripada Umno, di pihak lain (Bersatu) juga tidak mendapat sokongan daripada PH.
“Jadi Bersatu tinggal terkontang-kanting, tak ada daratan, tak tahu di mana.
“Sudah tentu jika ada pilihan raya, tak mungkin Bersatu kekal (sebagai kerajaan) pun,” beliau dilaporkan sebagai berkata.
Menurutnya, PPBM berkemungkinan besar akan kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum akan dating, sekaligus menghancurkan harapan orang Melayu untuk melihat Umno digantikan sebuah parti lain bertunjangkan kepimpinan Melayu.
Mahathir kemudian mengingatkan PPBM bahawa UMNO komited untuk bertanding di semua kerusi tradisinya pada PRU akan dating.
Menurut beliau, ini bermakna UMNO turut akan bertanding di kerusi yang dimenangi oleh Bersatu.
“Ahli Bersatu…harus sedar bahawa janji Muhyiddin untuk mengadakan satu gabungan bersama Umno dan PAS tidak wujud,” katanya lagi.
“Fikirlah dengan mendalam. Ya kita patut setia tetapi jangan setia kepada pemimpin (begitu saja). Pastikan pemimpin itu berjuang untuk bangsa, negara dan agama, baru kita boleh setia kepada mereka.
“Orang yang hanya berjuang untuk dirinya…Walaupun dia pemimpin kita, janganklah kita rosakkan diri kita dengan setia kepadanya.”
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
