Mahathir bertemu Tengku Razaleigh, pemimpin lain bincang kerajaan perpaduan

Perkembangan ini muncul ketika Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berdepan cabaran daripada dalam dan luar gabungan Perikatan Nasional (PN) yang diterajuinya. Sumber (gambar): Malaysiakini

محضير برتمو تڠكو غزالياغ، ڤميمڤين لاين بينچڠ كراجأن ڤرڤادوان

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan telah mengadakan perbincangan dengan beberapa pemimpin politik mengenai cadangan membentuk kerajaan perpaduan.

Memetik laporan portal Malaysiakini, sumber daripada pejabat Dr Mahathir mengesahkan bahawa Ahli Parlimen Langkawi itu telah bertemu dengan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah pada Isnin lalu, diikuti Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada Selalu lalu dan dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu semalam.

Sebelum ini, laman Facebook kelab penyokong Dr Mahathir, Kelab Che Det menyiarkan tiga gambar yang dikaitkan dengan pertemuan berkenaan.

“Ketika negara diuji, kerajaan perpaduan adalah formula terbaik. Parti politik perlu diketepikan buat masa sekarang dan sebaliknya hanya kepentingan negara sahaja yang diutamakan. Ini juga menyambut baik saranan Agong supaya berhenti berpolitik.”


SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan telah mengadakan perbincangan dengan beberapa pemimpin politik mengenai cadangan membentuk kerajaan perpaduan.

Memetik laporan portal Malaysiakini, sumber daripada pejabat Dr Mahathir mengesahkan bahawa Ahli Parlimen Langkawi itu telah bertemu dengan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah pada Isnin lalu, diikuti Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada Selalu lalu dan dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu semalam.




“Perbincangannya adalah untuk membentuk kerajaan perpaduan,” kata sumber itu kepada portal berkenaan hari ini.

Menurut sumber terbabit, ketiga-tiga pertemuan itu dikatakan telah diadakan di kediaman Dr Mahathir di Seri Kembangan, Selangor.

Ditanya mengenai ketidakhadiran pemimpin DAP dalam pertemuan tersebut, sumber itu berkata, setakat ini mereka yang ada dalam gambar itu sahaja yang datang.

Menurutnya, pintu masih terbuka kepada mana-mana pihak yang ingin berbincang dengan Dr Mahathir mengenai perkara itu.

Sebelum ini, laman Facebook kelab penyokong Dr Mahathir, Kelab Che Det menyiarkan tiga gambar yang dikaitkan dengan pertemuan berkenaan.

“Ketika negara diuji, kerajaan perpaduan adalah formula terbaik. Parti politik perlu diketepikan buat masa sekarang dan sebaliknya hanya kepentingan negara sahaja yang diutamakan. Ini juga menyambut baik saranan Agong supaya berhenti berpolitik.

“Jika penubuhan kerajaan perpaduan berlaku, diharap ia bukan sahaja membela kepentingan dan kebajikan rakyat Malaysia berbilang kaum, malah boleh memberi fokus kepada usaha pemulihan ekonomi negara yang semakin mencabar kesan akibat pandemik Covid-19, pergolakan politik dan kedudukan ekonomi global yang tidak tentu,” katanya menerusi kenyataan dalam Facebook.

Loading...

Perkembangan itu muncul ketika Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berdepan cabaran daripada dalam dan luar gabungan Perikatan Nasional (PN) yang diterajuinya.

Muhyiddin juga mempunyai tugas untuk memastikan Belanjawan 2021 yang dijadualkan dibentangkan pada 6 November ini mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen untuk membuktikan beliau mendapat sokongan ahli Dewan rakyat untuk kekal sebagai Perdana Menteri.

Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong menyeru semua ahli politik agar menyokong belanjawan itu yang disifatkan penting dalam usaha kerajaan menangani Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...