
محضير: بوكن ساي يڠ ناماكن مخريز سباڬاي چالون تيمبالن ڤردان منتري
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata cadangan untuk menamakan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai calon Timbalan Perdana Menteri II bukan datang dari dia.
Menulis dalam blog chedet.cc, Mahathir berkata, dalam kenyataan bersama presiden AMANAH Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada 22hb Jun, pelantikan Mukhriz sebagai TPM II sudahpun disebut.
Mengulas lanjut, Mahathir berkata, apabila nama Mukhriz dicadang untuk jawatan-jawatan tertentu, beliau tidak ada hak untuk menentang kerana kepentingan dirinya sendiri kerana Mukhriz merupakan pemimpin dalam kapasitinya sendiri.
“Sama ada penjelasan saya ini dipercayai atau tidak, terpulanglah kepada masing-masing. Sudah tentu orang yang bermusuh dengan saya, akan bercakap sinis. Ini saya terima kerana memang pun ia adalah naluri manusia.”
PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata cadangan untuk menamakan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai calon Timbalan Perdana Menteri II bukan datang dari dia.
Menulis dalam blog chedet.cc, Mahathir berkata, dalam kenyataan bersama presiden AMANAH Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada 22hb Jun, pelantikan Mukhriz sebagai TPM II sudahpun disebut.
“Saya sedar saya akan dikritik apabila menama anak saya Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri II. Saya berada dalam keadaan serba salah.
“Di waktu saya jadi Perdana Menteri kali pertama saya telah larang anak saya dari bergiat dalam politik, khusus sebagai ahli parti Kerajaan. Saya tidak hendak dituduh mengamal nepotisme, memberi keistimewaan kepada keluarga saya.
“Tetapi apabila saya tidak lagi menjadi Perdana Menteri, tanggungjawab menjaga nama saya, tidak sepatutnya dipikul berterusan oleh anak saya. Mereka dibebas untuk berpolitik. Jaya atau tidaknya politik mereka bergantung kepada diri mereka,” kata Mahathir.
Mengulas lanjut, Mahathir berkata, apabila nama Mukhriz dicadang untuk jawatan-jawatan tertentu, beliau tidak ada hak untuk menentang kerana kepentingan dirinya sendiri kerana Mukhriz merupakan pemimpin dalam kapasitinya sendiri.
“Sama ada penjelasan saya ini dipercayai atau tidak, terpulanglah kepada masing-masing. Sudah tentu orang yang bermusuh dengan saya, akan bercakap sinis. Ini saya terima kerana memang pun ia adalah naluri manusia.”
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
