Mahathir dakwa Muhyiddin, Bersatu kalah teruk di Pilihan Raya Umum ke-15

Menyentuh dakwaan DAP menguasai Pakatan Harapan, Mahathir berkata, DAP hanya mempunyai enam orang Menteri sementara segala keputusan dalam Kabinet perlu persetujuan 28 orang Menteri. Sumber (gambar): TTF

محضير دعوا محي الدين، برساتو ءكاله تروقء د ڤيليهن راي عموم ك-15

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau tidak boleh bekerjasama dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana tindak-tanduk Muhyiddin akan menjurus kepada pengkhianatan terhadap rakyat.

Dalam tulisan di blognya, Mahathir mendakwa Muhyiddin dan semua calon Bersatu akan kalah di Pilihan Raya Umum ke-15 dan sejarah akan catat pengkhianatan Muhyiddin kepada rakyat yang telah beri kemenangan kepada Pakatan Harapan.

“Dalam PRU 15 UMNO akan lawan dengan Bersatu yang tinggal terkuntang-kanting tanpa sokongan PH.  

“Sejarah akan catat pengkhianatan Muhyiddin kepada rakyat yang telah beri kemenangan kepada PH. Saya tidak ingin bersama dengan Muhyiddin dan pengkhianatannya,” kata Mahathir.


PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau tidak boleh bekerjasama dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana tindak-tanduk Muhyiddin akan menjurus kepada pengkhianatan terhadap rakyat.

Dalam tulisan di blognya, Mahathir mendakwa Muhyiddin dan semua calon Bersatu akan kalah di Pilihan Raya Umum ke-15 dan sejarah akan catat pengkhianatan Muhyiddin kepada rakyat yang telah beri kemenangan kepada Pakatan Harapan.




“UMNO menyokong Muhyiddin jadi Perdana Menteri supaya usaha untuk lepas Najib dari dipenjara dapat dilakukan. Kita dapat lihat usaha ini sedang berjalan.

“Jauh dari menunai janji untuk jatuhkan Najib, Muhyiddin sekarang sedang berusaha supaya Najib bebas dari segala tuduhan dan dapat bertanding dalam PRU 15.

“Di waktu itu Najib tidak perlu Muhyiddin lagi, kerana Najib berhasrat menjadi Perdana Menteri.

“Muhyiddin sekarang ini berusaha supaya Bersatu hilang pemimpin dengan melucut keahlian mereka.

“Dalam PRU 15 UMNO akan lawan dengan Bersatu yang tinggal terkuntang-kanting tanpa sokongan PH.

“Bukan sahaja Muhyiddin yang akan kalah tetapi semua calon Bersatu akan kalah. Maka tamatlah riwayat Bersatu dan bermaharajalela UMNO dengan “Cash is King”nya.

“Sejarah akan catat pengkhianatan Muhyiddin kepada rakyat yang telah beri kemenangan kepada PH. Saya tidak ingin bersama dengan Muhyiddin dan pengkhianatannya,” kata Mahathir.

Loading...

Menyentuh dakwaan DAP menguasai Pakatan Harapan, Mahathir berkata, DAP hanya mempunyai enam orang Menteri sementara segala keputusan dalam Kabinet perlu persetujuan 28 orang Menteri.

“Anggapan bahawa 6 Menteri Kabinet boleh kuasai 22 Menteri lain tidak masuk akal. Lagipun persetujuan saya sebagai Perdana Menteri perlu didapati.

“Bukan DAP yang boleh hancur orang Melayu. Orang Melayu yang boleh hancur DAP jika Menteri Dalam Negeri Melayu hanya batal sahaja pendaftaran DAP.

“Kuasa membatal ada pada Muhyiddin Yassin, jika ia nampak DAP akan hancur Melayu. Tetapi yang Muhyiddin berminat ialah mengguna DAP untuk menakut orang Melayu supaya mereka menyertai gerakan untuk jatuh PH dan dia menjadi Perdana Menteri dengan sokongan UMNO dan PAS.”

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...