Mahathir dakwa Muhyiddin ‘cipta jawatan’ untuk raih sokongan

Menurut Mahathir, Muhyiddin seharusnya mendapatkan persetujuan Parti Bersatu terlebih dahulu sebelum menyertai Perikatan Nasional. Sumber (gambar): TTF

محضير دعوا محي الدين ءچيڤتا جاوتنء اونتوق رايه سوكوڠن

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengecam Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai seorang yang “sanggup menerima dan bekerjasama dengan pencuri, perasuah dan penyangak.”

Dalam tulisan di blognya, Mahathir mendakwa Muhyiddin tidak mengendahkan perlembagaan, aturan-peraturan, bahkan undang-undang demi meraih sokongan ahli-ahli Dewan Rakyat dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“Hampir 2/3 dari ahli dewan yang menyokongnya dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri. Yang lain dilantik untuk jadi pengerusi syarikat dan institusi – termasuk mereka yang sedang dihadap ke mahkamah kerana aneka jenis jenayah. 

“Inilah cara Muhyiddin. Tak hairanlah dia sanggup menerima dan bekerjasama dengan pencuri, perasuah dan penyangak.”


PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengecam Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai seorang yang “sanggup menerima dan bekerjasama dengan pencuri, perasuah dan penyangak.”

Dalam tulisan di blognya, Mahathir mendakwa Muhyiddin tidak mengendahkan perlembagaan, aturan-peraturan, bahkan undang-undang demi meraih sokongan ahli-ahli Dewan Rakyat dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).




“Saya terpaksa panggil Kerajaan pimpinan Muhyiddin ini sebagai Kerajaan Muhyiddin. Ramai yang panggil Kerajaan ini Kerajaan Perikatan Nasional.

“Tetapi Parti Perikatan Nasional tidak wujud. Tidak pernah diadakan acara pelancaran parti ini. Tidak pernah didaftar Perikatan Nasional ini di waktu Muhyiddin isytihar dirinya sebagai Perdana Menteri Perikatan Nasional.

“Rakan dalam perikatan ini isytihar mereka bukan anggota dalam kononnya gabungan Parti Perikatan Nasional.

“Mereka hanya benar ahli mereka sokong Muhyiddin supaya hasrat Muhyiddin untuk menjatuhkan Pakatan Harapan tercapai. Mereka tentukan jumlah wakil rakyat yang sokong Muhyiddin mencukupi,” dakwa Mahathir.

Menurutya lagi, Muhyiddin seharusnya mendapatkan persetujuan Parti Bersatu terlebih dahulu sebelum menyertai Perikatan Nasional.

“Tidak ada rekod yang dia dapat persetujuan Mesyuarat Agong Bersatu atau sekurang-kurangnya Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu. Tiba-tiba dia isytihar dia menyertai Perikatan Nasional.

“Berkenaan dengan keluar dari Pakatan Harapan pun belum diputus secara muktamad. Sebelum Pakatan Harapan dijatuh, Muhyiddin telah adakan majlis makan malam di Sheraton dengan PAS dan UMNO.

Loading...

“Apabila saya sebagai Pengerusi Bersatu tidak bersetuju dengan tindakannya menubuh Kerajaannya, dia cuba adakan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang sepatutnya dipengerusi oleh saya sebagai Pengerusi parti.

“Tiba-tiba Muhyiddin isytihar dirinya sebagai Pengerusi Bersatu. Perisytiharan ini tidak mengikut perlembagaan sama sekali. Dia bukan Pengerusi atau memegang jawatan Pengerusi yang sah.

“Untuk mengada mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi setiausaha kerja mengeluar notis. Sepatutnya Setiausaha Agung (SUA) yang mengeluar notis selepas mendapat arahan dari saya sebagai Pengerusi.

“Untuk mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi ini Pengerusi dan Timbalan Presiden tidak dijemput. Oleh itu mesyuarat terpaksa dibatal.”

Mahathir menambah, tindakan Muhyiddin melucutkan keahlian Pengerusi, Timbalan Presiden dan beberapa ahli Majlis Pimpinan Tertinggi yang tidak menyokongnya pada mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi pada 4 Jun 2020 tidak sah kerana melangkaui batas kuasa Muhyiddin.

“Dia tidak berkuasa membuat demikian. Sebaliknya ahli Majlis Pimpinan Tertinggi yang baru dilantik yang menyokongnya.

“Perbuatan ini salah dari segi perlembagaan Bersatu. Oleh itu mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi juga tidak sah.

“Ketua-ketua Bahagian yang tidak menerima tawaran jawatan olehnya dipecat. Ini juga salah.

“Kemudian dilantik pengganti dari kalangan ketua-ketua dengan tawaran-tawaran tertentu dan janji untuk memberi duit Kerajaan untuk bantu rakyat melalui pengganti ini. Ini juga salah.

“Untuk Jemaah Menteri ramai dilantik jika terima tawaran darinya supaya sokong. Calon ditanya “apa hendak” dan lantikan dibuat. Jika tidak ada jawatan, cipta jawatan.

“Hampir 2/3 dari ahli dewan yang menyokongnya dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri. Yang lain dilantik untuk jadi pengerusi syarikat dan institusi – termasuk mereka yang sedang dihadap ke mahkamah kerana aneka jenis jenayah.

“Inilah cara Muhyiddin. Tak hairanlah dia sanggup menerima dan bekerjasama dengan pencuri, perasuah dan penyangak.”

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...