
محضير دعوا نجيب ماهو كمبالي بركواس سبلوم محكمه جاتوه حكومن
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa segala yang berlaku adalah sebahagian daripada konspirasi Datuk Seri Najib Tun Razak untuk kembali berkuasa sebelum keputusan perbicaraan beliau diumumkan.
Menerusi satu wawancara di Yayasan Kepimpinan Perdana, Mahathir berkata Najib dan PAS masih tekankan naratif Melayu-Islam dan cuba mencari sokongan daripada Bersatu untuk menubuhkan kerajaan Melayu-Islam dan DAP ‘dianggap sebagai jahat’.
“Jadi itulah konspirasi mereka, macam mana nak jadi kerajaan setelah kalah dengan meyakinkan ahli-ahli Bersatu untuk menyokongnya dan keluar daripada parti Pakatan Harapan sehingga Pakatan Harapan jatuh. Sekarang ini mereka dah menang,” ujar beliau.
“Memanglah bila dia tawarkan jadi menteri, susah bagi orang nak tolak. Saya tidak boleh tawarkan apa-apa pun,” katanya dalam wawancara eksklusif itu bersama Sinar Harian semalam.
PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa segala yang berlaku adalah sebahagian daripada konspirasi Datuk Seri Najib Tun Razak untuk kembali berkuasa sebelum keputusan perbicaraan beliau diumumkan.
Menerusi satu wawancara di Yayasan Kepimpinan Perdana, Mahathir berkata Najib dan PAS masih tekankan naratif Melayu-Islam dan cuba mencari sokongan daripada Bersatu untuk menubuhkan kerajaan Melayu-Islam dan DAP ‘dianggap sebagai jahat’.
“Kita kena singkirkan DAP, jadi kita kena bekerjasama dengan UMNO. Jadi tiba-tiba orang yang kalah dianggap menang, manakala orang yang menang dikatakan kalah.
“Ini sebenarnya konspirasi siapa, adakah saya? Apa sebab saya perlu melakukan konspirasi kerana saya sudah menjadi Perdana Menteri?
“Saya ingat saya jadi Perdana Menteri, bila sampai masanya saya akan letak jawatan dan itu tidak menjadi masalah,” tegas beliau
Mahathir menambah, Najib mahu mendapatkan kembali kuasa dengan secepat mungkin kerana tidak lama lagi keputusan perbicaraan akan diumumkan dan beliau mungkin dihukum.
“Jadi itulah konspirasi mereka, macam mana nak jadi kerajaan setelah kalah dengan meyakinkan ahli-ahli Bersatu untuk menyokongnya dan keluar daripada parti Pakatan Harapan sehingga Pakatan Harapan jatuh. Sekarang ini mereka dah menang,” ujar beliau.
“Memanglah bila dia tawarkan jadi menteri, susah bagi orang nak tolak. Saya tidak boleh tawarkan apa-apa pun,” katanya dalam wawancara eksklusif itu bersama Sinar Harian semalam.
Menurut laporan Astro Awani, ketika ditanya mengenai kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan disebabkan oleh konspirasi, Mahathir berkata, ia berpunca daripada perbuatan bekas Perdana Menteri keenam, Najib Tun Razak.
“Yang betul-betul berkonspirasi ialah Najib. Apabila dia kalah, maka dia dapat idea kalau dia boleh tubuh satu kerajaan Melayu Islam, maka dia akan dapat lebih sokongan orang Melayu dan dia akan menang.
“Sebab itu dia mencuba dengan begitu lama namun pendekatan beliau tidak berkesan dan akhirnya gagal, akhirnya kami yang menang,” katanya.
THE THIRD FORCE
