
محضير دعوا نجيب، زاهيد اكن دداڤتي ءتيدق سالهء سبب ماجوريتي تيڤيس
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini medakwa, Datuk Seri Najib Tun Razak akan “didapati tidak salah” kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin memerlukan mereka.
Dalam muat naik terbarunya di blog chedet.cc, Mahathir berkata, sewaktu Muhyiddin merancang untuk menerima UMNO dan Najib sebagai rakan dalam parti baru, beliau janji tidak akan sentuh perbicaraan kes-kes Najib dan lain-lain kes yang melibatkan beberapa pemimpin UMNO.
“Jika enam orang ini didapati bersalah oleh mahkamah, mereka tidak lagi jadi wakil rakyat. Dengan itu penyokong Muhyiddin tinggal 108 – iaitu kurang dari separuh.
“Maka Kerajaan Muhyiddin pun akan jatuh. Sebab itu Muhyiddin akan tentukan enam orang wakil rakyat akan didapati tidak salah,” katanya.

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini medakwa, Datuk Seri Najib Tun Razak akan “didapati tidak salah” kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin memerlukan mereka.
Dalam muat naik terbarunya di blog chedet.cc, Mahathir berkata, sewaktu Muhyiddin merancang untuk menerima UMNO dan Najib sebagai rakan dalam parti baru, beliau janji tidak akan sentuh perbicaraan kes-kes Najib dan lain-lain kes yang melibatkan beberapa pemimpin UMNO.
“Siapakah orang ini? Mereka ialah:
i. Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak
ii. Dato’ Seri Ahmad Zahid bin Hamidi
iii. Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor
iv. Datuk Seri Abdul Azeez bin Abdul Rahim
v. Datuk Seri Ahmad bin Maslan
vi. Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin
“Sekarang jumlah wakil rakyat yang menyokong Muhyiddin hanya 114, iaitu tiga sahaja lebih dari separuh (111 wakil rakyat).
“Jika enam orang ini didapati bersalah oleh mahkamah, mereka tidak lagi jadi wakil rakyat. Dengan itu penyokong Muhyiddin tinggal 108 – iaitu kurang dari separuh.
“Maka Kerajaan Muhyiddin pun akan jatuh. Sebab itu Muhyiddin akan tentukan enam orang wakil rakyat akan didapati tidak salah,” katanya.
Menurut Mahathir lagi, keputusan Mahkamah berhbung kes Riza Aziz dan Tan Sri Musa Aman merupakan petunjuk perkara ini.
“Kita sudah lihat bagaimana Riza Aziz dilepas dan Musa Aman juga sudah dilepas. Sudah tentu enam orang ini juga akan didapati tidak bersalah. Maka selamatlah Muhyiddin.
“Syabas. Norma baru sudah dicipta.”
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

