
محضير دجدوالكن مڠهادڤ اڬوڠ خميس اين
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Tun Dr Mahathir Mohamad dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara Khamis ini.
Dalam satu kenyataan, Ketua Penerangan Pro-tem Pejuang, Ulya Aqamah Husamudin, mengesahkan parti itu menerima surat dipanggil menghadap Seri Paduka Bginda Tuanku.
Semalam, TTF memetik Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan sebagai berkata, Yang Di-Pertuan Agong berkenan untuk menerima majlis menghadap semua ketua daripada parti-parti politik, termasuk pembangkang.
Bagaimanapun, Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon ketika diajukan soalan sama, masing-masing menyatakan mereka tidak mempunyai maklumat mengenai perkara itu setakat ini.
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara Khamis ini.
Dalam satu kenyataan, Ketua Penerangan Pro-tem Pejuang, Ulya Aqamah Husamudin, mengesahkan parti itu menerima surat dipanggil menghadap Seri Paduka Bginda Tuanku.
“Surat rasmi bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong diterima pada minggu lepas lagi. Bagaimanapun waktu (untuk Dr Mahathir menghadap) belum ditentukan lagi setakat ini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Semalam, TTF memetik Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan sebagai berkata, Yang Di-Pertuan Agong berkenan untuk menerima majlis menghadap semua ketua daripada parti-parti politik, termasuk pembangkang.
Bagaimanapun, Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon ketika diajukan soalan sama, masing-masing menyatakan mereka tidak mempunyai maklumat mengenai perkara itu setakat ini.
Presiden GERAKAN, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai dan Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran pula memaklumkan parti mereka belum menerima sebarang jemputan rasmi daripada Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.
Sementara itu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengakui mendengar desas-desus berkenaan namun tidak dapat memastikan sama ada parti itu sudah menerima surat jemputan berkenaan.
“Dengar khabar begitulah (dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong). Saya tidak ke pejabat… tak pasti sama ada (UMNO) dah dapat surat atau belum,” katanya.
Berlainan pula dengan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang meminta Bernama merujuk perkara berkenaan kepada Ahli Jawatankuasa Penamatan Proklamasi Darurat, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
“Rujuk Khairuddin… dia mungkin tahu lebih berbanding maklumat yang kami ada,” kata Saifuddin Nasution.
THE THIRD FORCE
WAJIB BACA:
Kantoi: Rancangan tiga fasa Zahid-Najib, desakan Rosmah (Pembongkaran)
