Anwar kantoi, Mahathir dijangka kekal Perdana Menteri

“Apa yang boleh saya katakan buat ketika ini ialah Mahathir akan kekal sebagai Perdana Menteri (Interim atau ke-8), sekaligus bermakna hasrat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri sudah terkubur”

Raggie Jessy Rithaudeen

محضير دجڠك ككال ڤردان منتري انترايم اتاو دلانتيق ڤردان منتري ك-8

Tun Dr Mahathir Mohamad samada akan dikekalkan sebagai Perdana Menteri Interim bagi membentuk sebuah kerajaan ‘caretaker’ sementara menunggu Parlimen Malaysia ke-14 dibubarkan ataupun dilantik terus sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8.




Secara teknikalnya, seorang Perdana Menteri “Interim” tetap merupakan Perdana Menteri selagi Perdana Menteri baru belum dilantik menurut peruntukan Perkara 43(2)(a)Perlembagaan Persekutuan.

Persoalannya sekarang ialah samada Yang di-Pertuan Agong akan meminta Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Interim untuk melantiknya semula sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 ataupun terus membenarkannya memegang jawatan “Perdana Menteri Interim.”

Untuk mengetahui jawapan kepada soalan ini, kita harus rujuk kepada peruntukan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, yang berbunyi:

“Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu;”

Maksudnya, Yang di-Pertuan Agong hendaklah pada hematnya sendiri berpuas hati bahawa calon yang akan menjadi Perdana Menteri mempunyai kepercayaan majoriti dari kalangan Ahli Dewan Rakyat.

Atas sebab itulah Tuanku bersusah payah bertemu satu per satu ahli parlimen sejak dua hari yang lepas – Tuanku ingin mendengar sendiri dari mulut mereka samada mereka benar-benar menyokong Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8.

Perhatikan bahawa peruntukan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan langsung tidak menyebut apa-apa berkenaan parti politik bagi pelantikan Perdana Menteri.

Loading...

Ini bermakna Perlembagaan Persekutuan adalah ‘buta parti’ apabila melibatkan pelantikan berkenaan dan hanya bertumpu kepada ahli-ahli Dewan Rakyat yang dipilh oleh rakyat menerusi Pilihan Raya Umum.

Justeru, tafsiran yang dibuat oleh sesetengah pihak berhubung sokongan sebenar ahli-ahli parlimen terhadap Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim  merupakan andaian semata-mata.

Ini memandangkan tafsiran tersebut dibuat berdasarkan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh parti-parti politik, bukannya kenyataan peribadi ahli-ahli Dewan Rakyat sepertimana ianya dipanjangkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Hakikatnya, mereka yang membuat tafsiran ini tidak tahu bilangan sebenar ahli parlimen dari UMNO, AMANAH, PKR dan DAP yang memberitahu Yang di-Pertuan Agong bahawa mereka menyokong Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8.

Sebelum ini, Mahathir berjaya mendapat sokongan kesemua ahli parlimen GPS dan PAS serta hampir kesemua ahli parlimen dari UMNO, menjadikan jumlah sokongan dari blok ini sahaja seramai 69 orang.

Ini tidaklah termasuk sokongan dari ahli-ahli parlimen PPBM (26), PKR (25-30), AMANAH (7), WARISAN (9) dan DAP (puak anti Lim Guan Eng, dianggarkan lebih 10 orang) yang jumlahnya cukup untuk memberikan Mahathir majoriti yang besar jira diambil kira blok tadi.

Apa pun, sekiranya Mahathir benar-benar mendapat sokongan majoriti ahli-ahli parlimen, Yang di-Pertuan Agong bolehlah bertindak melantiknya sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8.

Sekiranya tidak, Tuanku boleh memutuskan untuk mengekalkan jawatan Perdana Menteri Interim dan membenarkan Mahathir membentuk sebuah Kerajaan “Caretaker” (Penjaga) sementara menunggu parlimen dibubarkan.

Bagi mengelakkan berlakunya spekulasi, saya hanya akan membincangkan bagaimana Kerajaan Caretaker ini boleh dilanjutkan tempohnya melebihi 60 hari sekiranya kerajaan sedemikian benar-benar terbentuk.

Apa yang boleh saya katakan buat masa ini ialah Mahathir akan kekal sebagai Perdana Menteri (Interim atau ke-8), sekaligus bermakna hasrat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri sudah terkubur.

Selanjutnya, elok kita tunggu sahaja pengumuman rasmi daripada Yang di-Pertuan Agong sebagai menghormati Tuanku dan akur kepada apa-apa keputusan yang dicapai oleh Baginda.



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...