Mahathir dinamakan calon Perdana Menteri ganti Muhyiddin

Mahathir kini berganding bahu dengan Tengku Razaleigh Hamzah menerusi satu persefahaman baharu yang disokong oleh majoriti ahli-ahli parlimen dari UMNO. Sumber (gambar): Fail TTF

محضير ديناماكن چالون ڤردان منتري ڬنتي محي الدين

Ahli jawatan kuasa (AJK) penaja Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) memutuskan secara rasmi untuk menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri bagi menggangtikan perdana Menteri yang sedia ada, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sementara menunggu Pilihan Raya Umum ke-15.

Dalam satu kenyataan ringks di Facebook, Abu Bakar Yahya selaku Setiausaha Politik kepada Mahathir berkata, keputusan itu dibuat sebulat suara oleh penaja PEJUANG demi menyelamatkan negara.

Seandainya Muhyiddin gagal membenarkan pembentangan usul tidak percaya, beliau sudah pasti akan gagal mendapatkan sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat apabila pengundian dibuat bagi Belanjawan 2021 yang bakal dibentangkan tidak lama lagi.

Menurut Perlembagaan Persekutuan, kegagalan kerajaan persekutuan mendapatkan undi majoriti bagi pembentangan belanjawan boleh dianggap sebagai undi tidak percaya yang mewajibkan Perdana Menteri untuk samada meletakkan jawatan bersama barisan Jemaah Menteri atau menasihati Yang Di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen.


PETALING JAYA: Ahli jawatan kuasa (AJK) penaja Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) memutuskan secara rasmi untuk menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri bagi menggangtikan perdana Menteri yang sedia ada, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sementara menunggu Pilihan Raya Umum ke-15.

Dalam satu kenyataan ringks di Facebook, Abu Bakar Yahya selaku Setiausaha Politik kepada Mahathir berkata, keputusan itu dibuat sebulat suara oleh penaja PEJUANG demi menyelamatkan negara.




Mahathir kini berganding bahu dengan Tengku Razaleigh Hamzah menerusi satu persefahaman baharu yang disokong oleh majoriti ahli-ahli parlimen dari UMNO (Team B), PPBM (kumpulan anti Tan Sri Muhyiddin Yassin), Sabah, Sarawak dan sekumpulan lagi ahli-ahli parlimen dari DAP dan AMANAH.

Muhyiddin pula tidak lagi memiliki sokongan majoriti di Dewan Rakyat dan digesa oleh beberapa ahli parlimen, termasuk seorang pemimpin kanan dari Majlis Pimpinan Tinggi PPBM, untuk membenarkan pembentangan usul tidak percaya yang dikemukan oleh Mahathir sebelum ini kepada mantan Speaker Dewan Rakyat.

Seandainya Muhyiddin gagal berbuat demikian, beliau sudah pasti akan gagal mendapatkan sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat apabila pengundian dibuat bagi Belanjawan 2021 yang bakal dibentangkan tidak lama lagi.

Menurut Perlembagaan Persekutuan, kegagalan kerajaan persekutuan mendapatkan undi majoriti bagi pembentangan belanjawan boleh dianggap sebagai undi tidak percaya yang mewajibkan Perdana Menteri untuk samada meletakkan jawatan bersama barisan Jemaah Menteri atau menasihati Yang Di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...